ad

Monday, February 7, 2011


Kenapa Anda Tidak Perlu Melakukan Spam


Email spam atau di kenali sebagai Junk email ialah email yang di hantar tanpa keizinan penerima. Ia juga di kenali sebagai spamming. Biasanya spamming di buat sebagai bertujuan untuk mempromosi sesuatu produk atau servis. Tindakan menghantar email tanpa keizinan ini umpama menceroboh dan mengganggu privasi seseorang. Ini boleh menjatuhkan reputasi sesuatu perniagaan.

Bagaimana Untuk Menghantar Email Tanpa Melakukan Spamming

Jika anda ingin menggunakan email sebagai medium berhubung dengan prospek, gunakan "Permission based email", iaitu menghantar email dengan keizinan penerima. "Permission based email" boleh di lakukan dengan menggunakan Email Autoresponder. Ia akan menghantar email secara automatik kepada pelanggan samada mempromosi produk terkini atau mengingatkan mereka tentang perniagaan anda. Terdapat banyak jenis Autoreponder di pasaran, seperti Aweber.com, Getresponse.com, iContact.com dll

Kebanyakan usahawan yang terkenal mencadangkan supaya email di hantar sebanyak lebih 7 kali pada permulaan, untuk memastikan pelanggan dapat mengenali anda. Melalui email, gunakan personalization untuk menambah kemesraan dengan pelanggan. Beberapa tips lain yang boleh anda aplikasikan dalam pemasaran email :

1) Kumpul email pelanggan anda melalui kupon promosi, kerana kupon menunjukkan mereka berminat untuk membeli produk anda.

2) Sentiasa menggunakan double opt-in untuk memastikan subscriber mengesahkan email sebelum mereka menerima email anda.

3) Pada permulaan email, beritahu kelebihan perniagaan atau produk anda berbanding dengan yang lain.

4) Tunjukkan juga produk anda yang paling hangat, supaya mereka tahu anda sudah mempunyai pelanggan yang pernah membeli.

5) Beritahu mereka bahawa produk anda adalah yang terbaik dan customer support anda sentiasa bersedia membantu mereka.

6)Letakkan nama dan alamat fizikal produk dan syarikat anda di bahagian bawah email.

7) Pastikan email anda, mempunyai unsubscribe link yang jelas di bawah email untuk membolehkan pelanggan unsubscribe email anda jika mereka tidak berminat lagi.

0 comments:

Post a Comment