ad

Wednesday, August 29, 2012


Bahagian 2: Adakah Perniagaan Internet Itu Terlalu Susah?

0 comments
Perniagaan internet? Susah sangatkah? Sama ada perniagaan internet itu senang atau susah, bergantung kepada diri anda. Tidak tahu menggunakan komputer bukanlah alasan utama untuk anda mengatakan perniagaan internet itu susah.

Perniagaan internet sebenarnya bukanlah susah mana seperti yang anda fikirkan. Sistem yang digunakan dalam perniagaan internet sudah lengkap dan tersusun untuk anda mengawal perniagaan anda. Tanpa perlu membuat akaun yang merumitkan, anda sudah boleh membuka perniagaan anda sendiri.

Tuesday, August 28, 2012


Bahagian 1: Pengenalan Kedai Online

0 comments

Lot.my akan memperkenalkan buku kedai online dipasaran tidak lama lagi. Pasti ramai di luar sana sering mendengar tentang perniagaan internet. Ramai jutawan di luar sana yang lahir hanya dengan membuat perniagaan internet. Tahukah anda apa itu perniagaan internet?

Apa Itu Perniagaan Internet?
Perniagaan internet merupakan satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai medium utama. Sekarang ini, ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama.

Internet adalah satu medium yang cepat, mudah diakses, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan. Ini menjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat menarik oleh kerana risikonya yang teramat kecil berbanding jika seseorang itu membuka perniagaan konvensional.

Anda tidak memerlukan kedai yang besar di samping kos sewa yang tinggi pada setiap bulan. Perkara yang sangat penting dalam perniagaan internet ialah anda mesti mempunyai minat yang mendalam. Perniagaan internet, kerana sifatnya yang interaktif, dari segi memberi dan menerima respon dengan cepat, Hubungan pembeli dan penjual adalah secara langsung tanpa perlu bersua muka.

Kemudahan internet yang wujud di serata dunia memudahkan lagi untuk peniaga-peniaga mendapat tempat dalam pasaran. Perniagaan melalui internet mampu menyatukan pelanggan, penjual dan pembekal dalam satu medium yang sama dan selamat.