ad

Tuesday, December 28, 2010


Kepentingan Value Proposition Dalam Jualan


Pengguna membeli penyelesaian dan bukannya produk. Jangan keliru, sememangnya mereka membeli produk, tetapi mereka membeli kerana di sebabkan “sesuatu”, dan kerana “sesuatu” itu, mereka mahukan penyelesaian.

“Sesuatu” yang biasa kita ketahui adalah seperti masalah. Cuba fikirkan, apabila anda membeli iPod, the end result anda mahukan hiburan. Apabila anda membuka akaun percuma Lot.my anda mahu kurangkan kos dan memudahkan proses perniagaan anda. Produk hanyalah satu “kenderaan” yang membawa prospek kepada penyelesaian.

Jadi, anda perlu bijak mempamerkan kelebihan produk anda untuk mampu meyakinkan prospek anda bahawa produk anda adalah yang terbaik. Apabila membeli produk anda, mereka hanya mahukan penyelesaian kepada masalah mereka. Di sinilah “Value Proposition” memainkan peranan penting.

Gunakan Value Proposition anda di dalam marketing tidak kira di telefon, email, seminar untuk membantu prospek memahami kenapa produk anda mampu menyelesaikan masalah mereka. Untuk mempamerkan Value Proposition dengan cara yang efektif, pastikan anda mempunyai elemen-elemen seperti di bawah (Berdasarkan teori Jill Konrath) :

Business Driver
Senaraikan end result apa yang prospek dapat jika mereka membeli produk anda. Contohnya anda menggunakan Lot.my, Value Proposition pula : Mengurangkan kos, Mempercepatkan proses, Memudahkan proses pembayaran, Meningkatkan produktiviti.

Movement
Senaraikan efek-efek yang akan mereka rasai jika mereka membeli produk anda. Contohnya tidak jauh bezanya dari di atas, tetapi highlight pada perkataan yang mampu mempengaruhi mereka : Mengurangkan, Mempercepatkan, Memudahkan, Meningkatkan.

Metrics
Letakkan metrics atau digit di dalam Value Propositation anda supaya ia nampak lebih teguh dan di percayai. Contohnya : Pencuci Ini Mampu Menghilangkan Sehingga 99.99% Bakteria.

0 comments:

Post a Comment