Apa itu iPay88?
iPay88 adalah sistem pembayaran online untuk kedai e-dagang. iPay88 dapat memudahkan kedai online untuk menerima bayaran dari kad kredit, online banking, e-wallet melalui transaksi internet dengan selamat dan terjamin.Bagaimana Cara Pengguna Lot.my Untuk Mendaftar dengan iPay88?
Pengguna Lot.my perlu mendaftar dengan memilih servis yang di sediakan iPay88. Kami mencadangkan supaya anda untuk menggunakan servis MYR Gateway untuk proses pembayaran kedai online anda kerana MYR Gateway di lihat sesuai dan mudah untuk pengguna Lot.my yang masih baru ataupun yang sudah lama.MYR Gateway, membantu peniaga online untuk menerima bayaran pembeli melalui Ringgit Malaysia baik melalui kad kredit, online banking, atau e-wallet dengan selamat. MYR Gateway di khaskan untuk transaksi di dalam nilai Ringgit Malaysia sahaja.
Antara kelebihan iPay88
- Menerima transaksi bayaran online seperti :
- Laporan pembayaran online yang cepat dan pantas.
- Notifikasi pembayaran melalui email atau SMS.
- Di sertakan dengan ciri-ciri keselamatan.
- Bantuan Anti Penipuan Pembayaran.
- Mudah untuk di integrasi.
- Di sertakan dengan pembayaran melalui email.
- Di integrasikan dengan Paypal.
Untuk mengintegrasikan iPay88 dengan kedai online anda, anda tidak memerlukan pengetahuan teknikal kerana kami sudah menyediakannya untuk anda. Anda tidak perlu risau, kerana Lot.my sudah pun di integrasikan dengan iPay88 dan ia boleh diuruskan dengan mudah dari admin panel anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftar melalui borang iPay88 yang di sediakan di sini. Ada dua plan yang boleh anda iaitu, iaitu SME Plan dan SOHO Plan.
2 Plan Untuk MYR Gateway :
- SME Plan – Secara asasnya, ia di reka untuk peniaga yang mempunyai jualan online lebih dari RM4,000. Ia sesuai untuk perniagaan yang besar. Maklumat lanjut tentang SME Plan boleh di lihat di sini.
- SOHO Plan – Direka untuk peniaga yang mahukan yuran yang berpatutan. Plan ini di cadangkan untuk anda yang membuat perniagaan secara kecil-kecilan di internet. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang plan ini di sini.
Checklist Pendaftaran iPay88 :
- Pilih plan MYR Gateway yang anda mahukan, sama ada SME atau SOHO.
- Setelah memilih plan yang anda mahukan, isikan borang pendaftaran.
- Kemudian, hantarkan borang tersebut kepada iPay88 untuk proses seterusnya. Maklumat penghantaran ada didalam borang tersebut.
- iPay88 akan meneliti borang anda. Setelah selesai iPay88 akan memberi anda arahan seterusnya berserta dengan Merchant ID dan Merchant Key untuk di integrasikan dengan kedai online anda.
- Aktifkan iPay88 dan masukkan Merchant ID dan Merchant Key di setting Payment > iPay88 dalam admin kedai anda.
- Walla!
0 comments:
Post a Comment