ad
Showing posts with label Store Review. Show all posts
Showing posts with label Store Review. Show all posts

Monday, November 29, 2010


Labels:

Store Of The Week : Ericanfly.lot.my

0 comments

Setelah beberapa minggu ruang Store of Week di lancarkan, nampaknya semakin banyak peniaga Lot.my yang menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan untuk kedai mereka. Baik dari segi designing, trafik dan jualan. Nampaknya, memang tidak mustahil untuk anda maju dalam perniagaan anda bersama Lot.my.

Okay, tanpa melengahkan masa, minggu ini kami memilih kedai Ericanfly sebagai store of the week. Apa yang patut di contohi peniaga Lot.my lain tentang Ericanfly ialah cara beliau mempromosikan kedai, kerana penting untuk peniaga membuat promosi yang betul di kedai mereka untuk memastikan pengunjung dapat di tukar menjadi pembeli. Di samping itu design kedai di lihat amat menarik, dengan pemilihan warna yang sepadan iaitu merah dan hitam. Menambahkan seri kepada kedai.

Okay di harap peniaga Lot.my dapat menjadikan kedai-kedai yang di review sebagai reference dan contoh. Bukan sahaja untuk mendapat tempat di review mingguan, malah di harap ia dapat menambah prestasi dan keuntungan kedai Lot.my anda.

Tuesday, November 23, 2010


Labels:

Store Of The Week : Faizah.lot.my

1 comments

Salam sejahtera, di harap perniagaan semua usahawan di Lot.my sentiasa berjalan lancar. Okay, untuk minggu ini kami ingin review sebuah lagi yang berjaya mencuri tumpuan kami. Sebuah kedai yang menggunakan fungsi-fungsi Lot.my dengan sebaiknya. Tahniah di ucapkan kepada kedai Faizah.lot.my

Seperti yang kami terangkan tentang widget-widget yang berguna untuk kedai Lot.my sebelum ini, nampaknya kedai Faizah ini menggunakannya dengan baik sekali. Selain itu kedai ini juga di lihat pandai memasarkan kedainya dengan widget network facebook dan shoutbox untuk memudahkan hubungan dengan pengunjung. Beliau juga memberi penghargaan kepada pelanggan setia beliau dengan widget pelanggan setia di bahagian side module.

Tahniah sekali di ucapkan kepada Faizah.lot.my kerana berjaya menggunakan Lot.my dengan sebaiknya. Di harap para peniaga lain dapat mengambil contoh dan reference dari apa yang di lakukan Faizah di kedainya.

Sunday, November 14, 2010


Labels:

Store Of The Week : Kedai969.lot.my

1 comments

Kedai yang bertuah untuk mendapat review minggu ini adalah Kedai 969. Kami tidak pasti apa "sejarah" di sebalik nama Kedai 969, apa yang pasti, kami memilih kedai ini, kerana ianya amat menarik perhatian pada first impression. Kombinasi warna background dan header yang menarik. Kelihatan lembut di mata pengunjung.

Bukan sahaja pada design, pada bahagian welcome page juga, mereka berjaya menghighlight promosi utama mereka dengan jelas sekali. Begitu juga dengan feature-feature Lot.my lain yang dapat di gunakan dengan baik. Apa yang kami mahu, ambil kedai-kedai yang kami review ini sebagai contoh dan reference. Jangan putus asa, tingkatkan lagi prestasi kedai anda, anda mampu melakukannya.

Jika anda rasa kedai anda deserve untuk di review, senaraikan kedai anda di status Facebook kami atau tinggalkan komen di artikel ini. :)

Tuesday, November 9, 2010


Labels:

Store Of The Week : Tuds.lot.my

4 comments
Minggu lepas, kami ada bercakap mengenai segmen store highlight atau store of the week untuk pengguna-pengguna kedai Lot.my di status Facebook kami. Untuk pengetahuan anda, ia di buat untuk memberi motivasi kepada anda untuk berniaga dan menbangunkan kedai anda dengan lebih bersemangat. Untuk membolehkan kedai anda di review di blog ini, pastikan ianya pada prestasi yang memberangsangkan kerana kami akan memerhatikan kedai anda, prestasi semasa, sama ada ianya akan di tentukan melalui design, jumlah pengunjung, jumlah jualan, dan pelbagai faktor-faktor lain.

Untuk membuka ruangan "Store of the week" minggu ini, kami memilih kedai dari Tuds.lot.my


Sedikit review pendek. Kami memilih Tuds.lot.my kerana ia mempunyai design yang menarik di bahagian header. Since, target mereka adalah wanita, design kedai nampak sangat sesuai dengan wanita. Dengan gambar yang sangat sesuai dengan tema jualan kedai. Apa yang lebih menarik, mereka menggunakan setiap feature yang ada di Lot.my secara maksimum, anda boleh lihat apa yang mereka buat di page special offer, bestseller, dan side module html. Jika Tuds boleh buat, anda juga boleh kan?

Okay, sampai di sini sahaja review pendek untuk minggu ini. Teruskan usaha anda, mana tahu minggu hadapan, kedai anda pula di pilih.