ad

Thursday, February 24, 2011


Menukar “Windows Shoppers” Kepada Pembeli


Menurut Wikipedia, “Window Shopper” di definasikan sebagai individu yang singgah atau melihat sesuatu kedai tanpa niat untuk membeli atau belum membuat keputusan untuk membeli.

Bagi peniaga, Window Shopper adalah prospek. Anda perlu bijak menggunakan peluang seperti ini untuk mempertingkatkan jualan. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menukarkan Window Shopper kepada pembeli :

Berikan Mereka Langganan Newsletter

Tawarkan mereka untuk melanggan newsletter anda untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk anda. Dengan newsletter, anda boleh mempromosikan mereka dengan tawaran-tawaran terkini di kedai anda. Umumkan kepada mereka diskaun dan promosi terkini di kedai anda. Tunjukkan promosi terkini yang terbaik dari anda untuk menanam minat mereka dengan produk anda pada masa akan datang.

Berikan Mereka Nasihat Percuma

Melalui newsletter juga anda berpeluang membina hubungan dengan mereka. Cuba kongsikan dengan mereka tips dan nasihat percuma tentang topik perniagaan anda. Lakukan juga survey untuk mengetahui permasalahan yang mereka sering hadapi. Kemudian, cuba bantu mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini dapat menambah kepercayaan mereka terhadap anda.

Tawarkan Mereka Kupon

Kupon adalah satu kata kunci yang sangat hangat dalam apa jua medium pemasaran perniagaan. Prospek yang berminat dengan kupon bermakna mereka mempunyai minat terhadap produk. Jadi, gunakan 'feature Coupon' yang telah kami sediakan untuk anda di Lot.my. Hadkan kupon tersebut untuk masa dan jumlah tertentu saja untuk memastikan prospek sentiasa “alert” terhadap produk anda pada masa akan datang.

Tawarkan Bonus

Bila menyebut tentang bonus, sudah pasti ramai yang terfikir ia adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi. Jadi, apa salahnya jika anda memberi mereka bonus, untuk menambah nilai kepada apa yang mereka telah beli. untuk membuatkan ia lebih eksklusif, hadkan bonus tersebut kepada jumlah atau waktu tertentu sahaja. Ini dapat mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli. Pastikan bonus tersebut adalah relevan dengan apa yang mereka beli. Contohnya, jika mereka membeli lebih dari 5 produk dalam sesuatu masa, berikan mereka shipping percuma.

Gambar Kredit

1 comments:

Hambal on February 25, 2011 at 7:53 PM said...

Terima kasih kerana berkongsi!

Post a Comment