ad
Showing posts with label premium. Show all posts
Showing posts with label premium. Show all posts

Friday, February 11, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : RSS Feed untuk Kedai Anda

0 comments
Salah satu ciri-ciri baru yang kami perkenalkan dalam Akaun Premium adalah RSS feed.

RSS di alamat kedai anda

RSS (Really Simmple Syndication) merupakan cara mudah mudah untuk menyebarkan maklumat tentang produk baru dalam kedai anda. Dengan RSS, setiap kali anda mengemaskini kedai anda, semua pelanggan (yang melanggan RSS feed kedai anda) akan diberitahu tentang produk tersebut secara langsung.

Contoh RSS dalam paparan Google Reader

Bagi yang menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog  untuk memajukan perniagaan mereka, RSS merupakan kombinasi yang sangat berkesan.

Anda boleh langgankan RSS secara automatik dalam FB Page anda (lihat sini bagaimana). Setiap kali anda tambah produk, ia akan dipaparkan secara langsung ke wall FB Page anda. Begitu juga sekiranya anda menggunakan Twitter(lihat sini bagiamana), blog(lihat sini bagaimana) dan sebagainya.

Dengan kemudahan RSS ini, kami yakin, maklumat tentang kedai anda akan dapat disebarkan secara lebih pantas dan berkesan.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan sebarkan kemaskini kedai anda dengan pelanggan secara langsung.

Monday, January 24, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Lebih Pilihan Untuk Katalog Anda

0 comments
Penyampaian produk di dalam kedai online amat penting dan boleh mempengaruhi jualan produk anda. Tidak seperti perniagaan offline, di internet katalog produk anda perlu jelas dan teratur kerana ia membantu keputusan pelanggan untuk membeli.

Ini kerana:
  1. Cara penyampaian produk boleh mempengaruhi cara pelanggan membeli produk di kedai anda.
  2. Penyampaian produk yang teratur, sistematik dan jelas memudahkan pelanggan membuat pilihan.
  3. Gambar produk yang jelas mampu memberi gambaran jelas tentang rupa bentuk sebenar produk anda.

Oleh itu, peniaga online harus bijak mengatur dan mempamerkan produk dengan cara yang betul kerana ia mampu meningkatkan jualan anda.

Atas sebab itu, dengan akaun Premium, anda mempunyai pilihan untuk mengubah saiz gambar produk dan cara produk di pamerkan. Jika anda ingin mengubah saiz atau rekabentuk produk yang ingin di pamerkan, anda boleh masuk ke admin panel, kemudian pada bahagian Setting > Store dan kemudian ke tab Catalog.


Di sini, anda mempunyai pilihan untuk menukar saiz gambar produk anda. Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan sama ada saiz gambar yang kecil, sederhana atau besar.

Anda juga boleh menukar jumlah produk yang di pamerkan di bahagian depan dan dalam catalog. Ini boleh di lakukan dengan mengubah jumlah dan baris yang ingin di pamerkan.


Biasanya, pada akaun basic baris produk default yang di pamerkan ialah 4 tetapi dengan akaun Premium anda bebas memilih bilangan produk di bahagian depan dan dalam catalog. Setelah anda memilih rekabentuk yang anda inginkan, klik pada butang Save. Produk anda kini akan kelihatan lebih jelas dan teratur, sedia untuk di pamerkan kepada pelanggan.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan dapatkan lebih pilihan untuk konfigurasi katalog anda. 

Thursday, January 20, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Lebih Kebebasan Rekabentuk Kedai

0 comments
Salah satu ciri menarik akaun Premium ialah kebebasan yang diberikan untuk pemilik kedai mereka bentuk kedai mereka. Sekiranya untuk kedai percuma, reka bentuk hanya dihadkan dengan 4 pilihan skin dan pilihan latar belakang yang sedia ada, anda mempunyai lebih kebebasan untuk mereka bentuk kedai anda.

Lebih pilihan skin
Pengguna akaun Premium akan mendapat pilihan skin Premium yang hanya dikhaskan untuk pengguna akaun Premium sahaja. Skin Premium akan ditandakan dengan •. Lebih skin Premium akan ditambah dari masa ke semasa.

Reka sendiri skin anda menggunakan custom CSS
Bagi pengguna yang mahir menggunakan CSS, anda boleh mereka bentuk kedai mereka sendiri menggunakan custom CSS. Dengan menggunakan ciri ini, anda boleh menghasilkan reka bentuk yang unik milik kedai anda sahaja. Kami juga telah menyediakan guide untuk anda menghasilkan custom CSS anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang custom CSS ini, sila rujuk guide yang telah disediakan.

Gunakan sebarang grafik untuk latar belakang kedai anda
Kami telah menyediakan ratusan grafik latar belakang yang boleh digunakan pada kedai anda. Namun sekiranya anda ingin menggunakan grafik sendiri, anda boleh gunakannya dengan akaun Premium. Sekarang anda boleh memiliki latar belakang yang sama untuk kedai, blog dan website anda. 

Sembunyikan iklan, credit Lot.my dan sebagainya
Sekarang anda mempunyai pilihan untuk menyembunyikan iklan Lot.my yang kami sediakan. Malah anda juga boleh menyembunyikan semua link ke laman Lot.my. Sekiranya anda menggunakan domain sendiri, tiada siapa boleh menjangkakan anda menggunakan perkhidmatan dari Lot.my!


Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan dapatkan lebih pilihan untuk mencantikkan kedai anda ini.

Monday, January 17, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Domain .COM Percuma

2 comments
Ya, anda tidak tersilap membaca tajuk entry kali ini. Bagi setiap pemilik akaun Premium Lot.my, anda akan diberikan domain .COM anda secara percuma. Anda boleh turut serta tudscarf.com, calamusgiftland.com, ukursolution.com, gnsbullion.com dan ramai lagi pengguna akaun Premium yang telah mendapatkan domain .COM percuma mereka.

Domain .COM ini akan menjadi alamat domain kedai anda selagi anda masih menggunakan akaun Premium Lot.my.
Sekiranya anda sudah memiliki akaun premium tapi belum mendapatkan domain .COM anda, sila berhubung dengan support team kami.

Tawaran ini hanya untuk masa yang terhad. Jadi sekiranya anda masih belum upgrade kedai anda ke akaun Premium, inilah masa yang terbaik.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium harini ini dan dapatkan domain .COM percuma anda hari ini.

Sunday, January 16, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Domain Anda Sendiri

0 comments
Sebagimana yang anda sedia maklum, setiap kedai di Lot.my boleh diakses dengan domain lot.my sahaja. Namun bagi pengguna akaun Premium, anda boleh memilih segala domain untuk alamat kedai anda.  

Domain seperti .com, .com.my, .net, .co.uk, malah apa sahaja domain yang anda mahukan boleh diletakkan sebagai alamat kedai online anda.

Calamus Gitland menggunakan domain www.calamusgiftland.com

Bukan itu sahaja, sekiranya anda sudah memiliki laman web sendiri dengan domain sendiri, anda boleh menggunakan subdomain laman anda sebagai alamat kedai Lot.my anda. Sebagai contoh Secret Garden memiliki laman sendiri di secretgarden.com.my. Untuk alamat kedai Lot.my, mereka menggunakan subdomain shop.secretgarden.com.my.

Untuk mendapatkan domain sendiri hanya perlu 3 langkah seperti mana yang ditulis dalam artikel wiki ini.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium harini ini dan dapatkan kemudahan menggunakan domain sendiri untuk kedai anda.

Wednesday, January 12, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Support Di Mana-mana Sahaja.

0 comments
Kami memahami kehendak pengguna Lot.my yang datang dari pelbagai latarbelakang. Ada yang sudah mahir dengan ICT, ada juga yang baru mula-mula berjinak dengan teknologi internet ini. Oleh yang demikian, dengan wujudnya akaun Premium ini, kami berpeluang untuk membantu pengguna-pengguna dengan pelbagai cara.

Kami tahu setiap peniaga Lot.my sangat sibuk menguruskan perniagaan dan kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian kami menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengguna Lot.my menghubungi kami bagi menyelesaikan masalah mereka.

Pengguna akan premium Lot.my akan dapat berhubung terus dengan kami sama ada melalui Telefon, SMS, Email ataupun Online Chat.

Untuk mendapatkan online support, sila login ke admin page dan pergi ke Help > Online Support


Kemudian, anda akan mendapat paparan seperti di bawah untuk menghubungi kami.


Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium harini ini dan nikmati layanan mesra dari kami.

Labels: ,

Premium Akaun : Tambah Had Limit Akaun Anda

3 comments
Salah satu permintaan yang paling kerap kami terima sepanjang tahun lepas ialah penambahan jumlah limit di dalam kedai Lot.my.

Pada masa ini, akaun Basic Lot.my menghadkan jumlah produk, kategori dan laman statik. Jumlah yang disediakan untuk akaun Basic sudah cukup bagi peniaga yang ingin memulakan perniagaan mereka. Namun bagi peniaga yang ingin terus maju dan menambah lebih jualan, akaun Premium adalah pilihan yang terbaik.

Penambahan had bagi akaun Premium adalah seperti rajah di bawah:


Kini dengan akaun Premium, anda boleh menyenaraikan sehingga 100 produk dengan 10 kategori berbeza. Dengan akaun Premium juga anda boleh menambah sehingga 10 laman statik dalam kedai anda.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium harini ini dan nikmati lebih had limit untuk kedai anda.

Tuesday, January 11, 2011


Labels: ,

Take your online store to the next level : Upgrade Akaun Anda Ke Akaun Premium!

0 comments
Sejak Februari 2010, hampir 10,000 kedai telah di daftarkan di bawah Lot.my. Sejak itu juga kami telah mendapat banyak respon positif dari ramai pengguna yang berpuas hati dan telah berjaya menjual pelbagai jenis produk melalui kedai Lot.my.

Di samping itu, kami juga telah menerima pelbagai cadangan dan komen untuk penambahbaikan dari pengguna setia kami.

Berbekalkan cadangan dan komen dari pengguna, kami berusaha keras untuk memperbaiki serta menambah feature-feature baru dan yang terbaik untuk pengguna kami. Sehingga kini, banyak yang kami telah usahakan, beberapa feature yang baru telah pun siap, kami amat teruja untuk membuat pra pelancaran akaun premium kami.

Kenapa Anda Perlu Upgrade Ke Akaun Premium?

Dengan akaun premium ini, anda akan mendapat pelbagai feature yang bakal mempertingkatkan prestasi kedai serta perniagaan anda.

Anda akan dapat menjual sehingga 100 produk. Untuk organize kedai anda, anda boleh setting sehingga 10 kategori dan 10 laman statik.

Tidak lama nanti juga, anda akan dapat mempercantikkan kedai anda dengan pelbagai template yang akan di berikan. Anda juga dapat menerima kredit kad sebagai kaedah bayaran. Ini bermakna, akan lebih banyak peluang anda untuk mendapatkan lebih keuntungan!

Perbezaan antara akaun Basic dan Premium :


Jika anda menghadapi masalah dengan kedai anda, sebagai ahli premium anda akan mendapat support istimewa melalui email dan telefon dari team Lot.my yang sentiasa bersedia membantu anda.

Sebagai ahli premium juga, anda akan menjadi antara yang pertama merasa feature-feature baru yang bakal kami lancarkan pada masa-masa akan datang.

Yang paling istimewa, dalam masa terdekat ini, jika anda mendaftar sebagai ahli premium, kami akan berikan anda domain (tld .COM sahaja), percaya atau tidak, secara PERCUMA!

Berapa banyak yang anda perlu bayar?

Membuat laman web ecommerce mungkin memerlukan modal yang amat besar dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Tetapi, dengan Lot.my anda akan merasa semua feature yang terbaik hanya dengan serendah RM39.90.

Secara alternatif, anda juga boleh membuat one time payment dengan RM399.00 setahun dan berjimat sehingga RM74.80 (iaitu bersamaa 2 bulan percuma setiap tahun!)

Dan jika anda tidak mahu menggunakan lagi, anda boleh membatalkan langganan akaun premium anda bila bila sahaja yang anda mahu.

Upgrade ke Plan Premium sekarang!

Kelebihan Plan Premium.
  1. Tambahan had limit produk, kategori dan laman statik
  2. Bantuan secara telephon, SMS, email dan online chat

Labels: ,

Bagaimana Untuk Upgrade Akaun Lot.my Anda Ke Plan Premium

0 comments
1) Jika anda belum mempunyai akaun Lot.my, lakukannya dengan mendaftar akaun percuma anda dengan klik pada butang Sign Up di laman utama Lot.my. (Anda juga boleh klik di sini untuk terus ke bahagian Sign Up)


2) Masukkan semua maklumat yang di perlukan seperti nama kedai, email, dan password.


3) Kemudian, klik pada butang Sign Up and start selling! untuk mengesahkan pendaftaran.

4) Maklumat pendaftaran kemudian akan di hantar ke email anda. Tahniah anda berjaya membuka akaun percuma Lot.my, anda sudah boleh login ke dalam akaun anda.

5) Setelah anda login ke akaun anda, anda akan dapat lihat butang Upgrade di bahagian atas kanan panel admin anda. Untuk upgrade ke akaun premium, klik pada butang tersebut.


6) Kemudian, anda akan di bawa ke bahagian Plan Comparison. Di sini akan di tunjukkan plan yang anda sedang gunakan. Anda juga boleh melihat perbezaan antara plan basic dan premium. Jika anda bersetuju, klik pada butang Upgrade untuk ke bahagian Upgrade Confirmation.


7) Di bahagian Upgrade Comfirmation ini mempunyai 2 pilihan plan, iaitu bulanan dan tahunan. Anda boleh memilih salah satu plan yang di sediakan. Untuk plan bulanan, anda perlu membayar sebanyak RM39.90 untuk setiap bulan, bagi pakej tahunan pula, anda perlu membayar sebanyak RM399.00 untuk bayaran tahunan.


8) Setelah anda memilih plan yang anda mahukan, klik pada butang Upgrade untuk ke bahagian Billing Information yang juga bahagian pembayaran.

Peringatan : Anda memerlukan akaun Paypal untuk membuat pembayaran. Jika anda tidak mempunyai akaun Paypal, anda juga boleh menggunakan kad kredit atau pun kad debit.


9) Login ke akaun Paypal anda. Setelah login, anda akan di bawa ke bahagian Payment Review. Di sini, anda boleh melihat maklumat pembayaran anda.


10) Pastikan maklumat pembayaran anda betul. Jika anda sudah berpuas hati dengan maklumat tersebut, klik pada butang Agree and Pay untuk membuat pembayaran.


11) Kemudian, Paypal akan menghantar pengesahan pembayaran ke email anda.

12) Setelah pembayaran di sahkan, kami akan melakukan proses upgrade akaun anda.

13) Tahniah kerana berjaya untuk upgrade akaun Lot.my! Anda sudah boleh login ke akaun anda untuk mula berniaga dengan akaun premium anda.