ad

Monday, January 31, 2011


Tips Untuk Menghasilkan Surat Jualan


Salah satu perkara yang penting untuk meningkatkan jualan kedai ialah Surat jualan. Surat jualan amat memainkan peranan penting untuk mempengaruhi pengunjung untuk membeli. Walaubagaimanapun tidak mudah untuk menulis surat jualan yang mampu mempengaruhi pengunjung untuk membeli.

Untuk menghasilkan surat jualan yang bagus amat memerlukan kemahiran menulis yang tinggi. Tidak semua mahir menulis surat jualan. Tambahan lagi, anda perlu menjimatkan masa untuk melakukan perkara lain seperti pemasaran. Oleh itu, anda boleh mengupah copywriter bebas untuk menulis surat jualan untuk anda. Beberapa tips yang berguna untuk anda jika mahu mengupah copywriter :

1) Jika di Malaysia, copywriter biasanya boleh di dapati di forum-forum perniagaan internet.

2) Cuba lakukan carian di Google dengan kata kunci “Surat jualan”. Melalui keputusan search itu, cuba cari servis yang berkaitan dengan copywriter dan hubungi mereka.

3) Anda juga boleh mencari copywriter dengan melihat pada laman jualan pesaing atau pun perniagaan lain yang berkaitan. Cuba hubungi mereka dan tanyakan di mana mereka mendapatkan copywriter tersebut.

4) Jika, anda memasarkan produk global, anda boleh mendapatkan copywriter di Elance, Odesk, Freelancer ataupun di forum-forum perniagaan yang berkaitan.

5) Sebelum anda melantik copywriter, pastikan anda melihat hasil kerja atau portfolio mereka sebelum ini. Lihat juga feedback dari pelanggan mereka sebelum ini.

6) Pastikan segala maklumat jualan yang anda mahu letakkan dalam surat jualan lengkap untuk di berikan kepada copywriter.

7) Sentiasa "test" surat jualan anda untuk memastikan ia berkesan dan mendapat keputusan yang di mahukan. Jika perlu, minta copywriter untuk membuat perubahan.

0 comments:

Post a Comment