RSS di alamat kedai anda |
RSS (Really Simmple Syndication) merupakan cara mudah mudah untuk menyebarkan maklumat tentang produk baru dalam kedai anda. Dengan RSS, setiap kali anda mengemaskini kedai anda, semua pelanggan (yang melanggan RSS feed kedai anda) akan diberitahu tentang produk tersebut secara langsung.
Contoh RSS dalam paparan Google Reader |
Bagi yang menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog untuk memajukan perniagaan mereka, RSS merupakan kombinasi yang sangat berkesan.
Anda boleh langgankan RSS secara automatik dalam FB Page anda (lihat sini bagaimana). Setiap kali anda tambah produk, ia akan dipaparkan secara langsung ke wall FB Page anda. Begitu juga sekiranya anda menggunakan Twitter(lihat sini bagiamana), blog(lihat sini bagaimana) dan sebagainya.
Dengan kemudahan RSS ini, kami yakin, maklumat tentang kedai anda akan dapat disebarkan secara lebih pantas dan berkesan.
Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan sebarkan kemaskini kedai anda dengan pelanggan secara langsung.
0 comments:
Post a Comment