ad

Wednesday, March 30, 2011


Mengintegrasikan Google Analytics Kepada Kedai Lot.my Anda

0 comments
Sebelum ini kami ada menerangkan anda tentang kepentingan statistik kepada kedai Lot.my anda. Pada artikel kali ini pula kami akan menerangkan kepada anda bagaimana untuk mengintegrasikan Google Analytics kepada kedai Lot.my anda.

Langkah-langkah Mengintegrasi Google Analytics

1) Pertama sekali, pastikan anda sudah mendaftar dengan Google Analytics. Jika belum anda boleh dapatkan akaun anda di sini.
2) Setelah mendaftar, anda akan di berikan kod Analytics dan 'copy' kod tersebut.


3) Login ke dalam admin panel anda.
4) Klik pada Setting -> Side Module -> edit Google Analytics.
5) Kemudian, 'Paste' kod Google Analytics anda di situ.


6) Klik butang Save dan ia sudah siap sedia untuk beroperasi.

Friday, March 25, 2011


LotDotMy telah dinobatkan sebagai Best Bumiputera New Media Application oleh NEF-Awani

3 comments
Semalam, Lot.My telah dinobatkan sebagai pemenang Best New Media Application Anugerah NEF-Awani. Anugerah tersebut disampaikan kepada Lot.My di majlis ICT NEF-Awani Awards oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna-pengguna Lot.My atas sokongan anda selama ini. Terima kasih juga kepada Astro Awani dan NEF atas penghargaan yang telah diberikan kepada kami. Semoga sokongan terhadap industri ICT tempatan akan berterusan demi kemajuan ICT dan e-commerce negara.

Tahniah diucapkan juga kepada NEF dan Awani atas kejayaan menganjurkan majlis ini dengan penuh gemilang.
Team Lot.My. Dari kiri, Akmal, Suhaimi, Jalil, Khairul, Luqman, Alif dan Naz.

Wednesday, March 2, 2011


Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my - Menangi Apple iPad 16GB

2 comments

Lot.my dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa kami sedang menganjurkan Peraduan iPad 4 Bloggerz yang berlangsung dari 1 Mac 2011 hingga 31 Mei 2011. Pelbagai hadiah menarik untuk di menangi, antaranya Apple iPad 4, Apple Touch, Apple iPod Shuffle serta hadiah menarik hadiah lain. Maklumat lanjut peraduan boleh di lihat di sini.

Tuesday, March 1, 2011


Kepentingan Statistik Kepada Kedai Online Anda

0 comments

Statistik amat penting bagi setiap kedai online. Tanpa statistik, anda tidak akan mampu mengetahui pencapaian semasa kedai online anda. Data dalam statistik juga dapat membantu anda memaksimakan usaha pemasaran kedai online anda dan seterusnya meingkatkan jualan. Antara kepentingan statistik untuk kedai online anda :

Mengetahui Jumlah Pengunjung (Unique Traffic)

Pernahkah anda terfikir berapa banyak pengunjung yang datang ke laman web anda setiap hari? Statistik mampu memberitahu anda jumlah pengunjung kedai online anda pada sesuatu masa. Ini penting untuk anda menentukan pada waktu dan masa bila kedai online anda mempunyai pencapaian jualan terbaik.

Berapa Lama Pengunjung 'Stay' di Kedai Online Anda (Bounce rate)

Sama ada ianya di laman utama atau di dalam ‘pages’ anda perlu mengambil tahu kerana ia penting untuk anda memastikan samada kedai online anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik untuk pengunjung. Semakin lama pengunjung tinggal di kedai online anda, semakin tinggilah peluang jualan di kedai anda untuk naik.

Sumber Trafik

Jika anda mahu mengira 'Conversion Rate' di kedai online anda, anda perlu mengetahui jumlah pengunjung yang datang. Anda juga perlu tahu dari mana sumber pengunjung anda, supaya anda boleh mengetahui kebaikan sumber trafik tersebut, samada ia mampu memberi kelebihan kepada kedai online anda atau tidak.

Kata Kunci

Adakah anda tahu kata kunci mana yang selalu datang ke laman jualan anda? Kebanyakan pemilik kedai online mempunyai kata kunci yang bagus tetapi mereka tidak mengetahui kata kunci yang mana memberi mereka trafik terbanyak. Ini penting kerana kata kunci yang bagus mampu memberi mereka banyak trafik pada masa akan datang. Dengan statistik akan memberitahu anda kata kunci yang mana memberi trafik dan yang mana tidak.

Google Analytics Sebagai 'Tool' Statistik Pilihan

Salah satu perisian statistik yang kami cadangkan untuk kedai Lot.my anda ialah Google Analytics. Google Analytics adalah salah satu perisian statistik percuma yang di sediakan Google. Ia amat berguna untuk analisis terhadap kedai online anda. Kebanyakan pemilik kedai online pernah mendengar tentang Google Analytics tetapi tidak mengambil masa untuk mempelajari cara menggunakannya.

Di Lot.my, kami telah berusaha menambah feature baru untuk mengintegrasi Google Analytics dengan kedai online Lot.my anda. Pada artikel akan datang kami akan menunjukkan anda bagaimana untuk menggunakan feature baru tersebut.

Thursday, February 24, 2011


Menukar “Windows Shoppers” Kepada Pembeli

1 comments

Menurut Wikipedia, “Window Shopper” di definasikan sebagai individu yang singgah atau melihat sesuatu kedai tanpa niat untuk membeli atau belum membuat keputusan untuk membeli.

Bagi peniaga, Window Shopper adalah prospek. Anda perlu bijak menggunakan peluang seperti ini untuk mempertingkatkan jualan. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menukarkan Window Shopper kepada pembeli :

Berikan Mereka Langganan Newsletter

Tawarkan mereka untuk melanggan newsletter anda untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk anda. Dengan newsletter, anda boleh mempromosikan mereka dengan tawaran-tawaran terkini di kedai anda. Umumkan kepada mereka diskaun dan promosi terkini di kedai anda. Tunjukkan promosi terkini yang terbaik dari anda untuk menanam minat mereka dengan produk anda pada masa akan datang.

Berikan Mereka Nasihat Percuma

Melalui newsletter juga anda berpeluang membina hubungan dengan mereka. Cuba kongsikan dengan mereka tips dan nasihat percuma tentang topik perniagaan anda. Lakukan juga survey untuk mengetahui permasalahan yang mereka sering hadapi. Kemudian, cuba bantu mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini dapat menambah kepercayaan mereka terhadap anda.

Tawarkan Mereka Kupon

Kupon adalah satu kata kunci yang sangat hangat dalam apa jua medium pemasaran perniagaan. Prospek yang berminat dengan kupon bermakna mereka mempunyai minat terhadap produk. Jadi, gunakan 'feature Coupon' yang telah kami sediakan untuk anda di Lot.my. Hadkan kupon tersebut untuk masa dan jumlah tertentu saja untuk memastikan prospek sentiasa “alert” terhadap produk anda pada masa akan datang.

Tawarkan Bonus

Bila menyebut tentang bonus, sudah pasti ramai yang terfikir ia adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi. Jadi, apa salahnya jika anda memberi mereka bonus, untuk menambah nilai kepada apa yang mereka telah beli. untuk membuatkan ia lebih eksklusif, hadkan bonus tersebut kepada jumlah atau waktu tertentu sahaja. Ini dapat mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli. Pastikan bonus tersebut adalah relevan dengan apa yang mereka beli. Contohnya, jika mereka membeli lebih dari 5 produk dalam sesuatu masa, berikan mereka shipping percuma.

Gambar Kredit

Monday, February 21, 2011


Labels: ,

Menggunakan Forum Sebagai Medium Pemasaran

1 comments

Sebelum ini kami pernah berkongsi dengan anda 3 tips untuk melakukan pemasaran di forum. Bagaimana? Sudahkah anda mengaplikasikan tips tersebut? Forum masih lagi antara sumber trafik yang bagus di internet. Walaupun forum di katakan satu sumber trafik yang "oldschool" namun ia di lihat masih relevan sehingga kini. Tidak salah anda mencuba.

Ini kerana forum menjadi tempat untuk berkumpul bagi sekumpulan manusia yang mempunyai minat yang sama. Contohnya, orang ramai yang berkumpul di forum Lot.my, mempunyai minat yang sama iaitu 'perniagaan internet melalui e-dagang'. Mereka tidak berkumpul di situ kerana minat terhadap 'fesyen'.

Anda perlu membina kredibiliti sebelum memasarkan produk anda di forum. Ia boleh di lakukan dengan berkongsikan maklumat yang berguna dengan forumer yang lain. Apabila forumer mendapat manfaat dari anda, maka anda akan menjadi bahan rujukan kepada mereka. Jika anda berada di forum kesihatan, anda boleh kongsikan dengan forumer lain tips kesihatan yang berguna untuk mereka. Ini bukan sahaja dapat membina kredibiliti anda, malah reputasi dan kepercayaan forumer atau prospek terhadap anda akan meningkat.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan forum untuk membina hubungan dengan forumer lain. Malah, anda boleh mencari rakan niaga anda di forum. Sebelum itu pastikan anda membina hubungan dengan forumer lain melalui pembinaan kredibiliti. Manalah tahu anda dapat bertemu dengan rakan niaga anda di situ. Tidak sukar, kerana sesuatu forum itu mempunyai pasaran yang spesifik.

Jadi, manfaatkan forum dan gunakannya dengan sebaiknya, sama ada untuk bertanya masalah atau berkongsi maklumat dengan forumer lain. Dari kami di Forum Lot.my

Tuesday, February 15, 2011


Lot.my + iPay88

0 comments
Berita baik, kini anda boleh menerima bayaran menggunakan iPay88 dalam kedai Lot.my anda.

Apa itu iPay88?
iPay88 adalah sistem pembayaran online untuk kedai e-dagang. iPay88 dapat memudahkan kedai online untuk menerima bayaran dari kad kredit, online banking, e-wallet melalui transaksi internet dengan selamat dan terjamin.

Bagaimana Cara Pengguna Lot.my Untuk Mendaftar dengan iPay88?
Pengguna Lot.my perlu mendaftar dengan memilih servis yang di sediakan iPay88. Kami mencadangkan supaya anda untuk menggunakan servis MYR Gateway untuk proses pembayaran kedai online anda kerana MYR Gateway di lihat sesuai dan mudah untuk pengguna Lot.my yang masih baru ataupun yang sudah lama.

MYR Gateway, membantu peniaga online untuk menerima bayaran pembeli melalui Ringgit Malaysia baik melalui kad kredit, online banking, atau e-wallet dengan selamat. MYR Gateway di khaskan untuk transaksi di dalam nilai Ringgit Malaysia sahaja.

Antara kelebihan iPay88
  • Menerima transaksi bayaran online seperti :
  • Laporan pembayaran online yang cepat dan pantas.
  • Notifikasi pembayaran melalui email atau SMS.
  • Di sertakan dengan ciri-ciri keselamatan.
  • Bantuan Anti Penipuan Pembayaran.
  • Mudah untuk di integrasi.
  • Di sertakan dengan pembayaran melalui email.
  • Di integrasikan dengan Paypal.
Bagaimana Untuk  iPay88 dalam kedai Lot.my?
Untuk mengintegrasikan iPay88 dengan kedai online anda, anda tidak memerlukan pengetahuan teknikal kerana kami sudah menyediakannya untuk anda. Anda tidak perlu risau, kerana Lot.my sudah pun di integrasikan dengan iPay88 dan ia boleh diuruskan dengan mudah dari admin panel anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftar melalui borang iPay88 yang di sediakan di sini. Ada dua plan yang boleh anda iaitu, iaitu SME Plan dan SOHO Plan.

2 Plan Untuk MYR Gateway :
  • SME Plan – Secara asasnya, ia di reka untuk peniaga yang mempunyai jualan online lebih dari RM4,000. Ia sesuai untuk perniagaan yang besar. Maklumat lanjut tentang SME Plan boleh di lihat di sini.
  • SOHO Plan – Direka untuk peniaga yang mahukan yuran yang berpatutan. Plan ini di cadangkan untuk anda yang membuat perniagaan secara kecil-kecilan di internet. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang plan ini di sini.

Checklist Pendaftaran iPay88 :
  1. Pilih plan MYR Gateway yang anda mahukan, sama ada SME atau SOHO.
  2. Setelah memilih plan yang anda mahukan, isikan borang pendaftaran.
  3. Kemudian, hantarkan borang tersebut kepada iPay88 untuk proses seterusnya. Maklumat penghantaran ada didalam borang tersebut.
  4. iPay88 akan meneliti borang anda. Setelah selesai iPay88 akan memberi anda arahan seterusnya berserta dengan Merchant ID dan Merchant Key untuk di integrasikan dengan kedai online anda.
  5. Aktifkan iPay88 dan masukkan Merchant ID dan Merchant Key di setting Payment > iPay88 dalam admin kedai anda.
  6. Walla!