ad

Monday, October 1, 2012


Temu Bual Bersama: Successmall.lot.my.

Nama penuh                         : Al Bakri Mohammad @ Ahmad
Tarikh lahir                            : 5hb. April 1970
Tempat lahir                          : Hospital Besar Melaka
Kelulusan akademik           : Sarjana Pengurusan Maklumat
E-Mail Pejabat                       Albakri@johor.uitm.edu.my
Blog Peribadi                        : http://albakri88.wordpress.com

Encik Al-Bakri seorang pensyarah di UiTM mula berkecimpung dalam dunia perniagaan online pada bulan Mac 2012. Beliau menjadikan perniagaan online sebagai sumber pendapatan sampingan beliau. Pihak kami sempat menemubual beliau untuk mengetahui pengalaman beliau dalam menggunakan portal Lot.my. Di bawah ini adalah antara soalan-soalan yang ditanya kepada beliau.

Bila mula berniaga dengan Lot.my?
Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Lot.my kerana telah menyediakan satu platform berniaga atas talian kepada saya dan ramai lagi “kaki online” untuk menjual produk dan jualan mereka secara online dengan mudah dan bersistematik di Lot.my. Saya mula berjinak-jinak berniaga dan menjual produk saya di lot.my pada bulan Mac 2012.

Produk atau perkhidmatan yang  ditawarkan?
Saya menjual bahan-bahan ilmiah seperti buku dan majalah serta beberapa produk kesihatan di www.successmall.lot.my.

Apakah teknik pemasaran yang digunakan untuk mempromosikan kedai online?
Untuk pemasaran secara online, saya menggunakan tiga strategi utama yang terbukti berkesan iaitu Blog (albakri88.wordpress.com), Minisite (www.alquranterlaris.com) dan Facebook (http://www.facebook.com/successmall)

Adakah anda memang mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan?
Kepakaran & Ilmu dalam bidang keusahawanan dan perniagaan itu amat penting. Justeru itu saya sentiasa menghadiri banyak seminar yang di anjurkan oleh pelbagai pihak. Pihak MARA sendiri banyak menganjurkan seminar keusahawanan disamping seminar berbayar untuk kita mendalami ilmu perniagaan ini dengan lebih mantap.


Adakah sistem Lot.my dapat membantu anda 
menguruskan kedai online anda?
Sistem Lot.My telah menyediakan kemudahan dari shopping cart hingga ke pembayaran. Sistem yang disediakannya amat mudah untuk sesiapa sahaja yang ingin menguruskan perniagaan secara atas talian. inilah sistem yang sebenarnya bersifat e-commerce. 

Jika rakan anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan online, adakah anda akan memperkenalkan mereka dengan Lot.my?
Semestinya saya mensyorkan serta memperkenalkan kepada rakan dan sesiapa sahaja yang ingin menjual produk mereka secara online untuk menggunakan perkhidmatan lot.my kerana ianya mudah dan terbukti berkesan. Lihatlah hasil saya yang mampu menjana keuntungan purata rm5000 sebulan hanya secara online di Lot.my.

Apakah sebenarnya yang membuatkan anda cenderung untuk menjalankan perniagaan online bersama Lot.my?   

Sebenarnya saya pernah ditipu oleh seorang rakan yang kononnya mampu membuat satu sistem e-commerce dengan bayaran rm3000. Namun setelah 3 bulan beliau tidak mampu menyiapkan sistem yang dijanjikan dan terus hilang begitu sahaja, Namun syukur saya bertemu sistem shopping cart Lot.my yang murah, mudah dan berkesan. Ini kerana saya memerlukan satu sistem yag dapat mempamerkan produk buku dan majalah saya yang banyak dan perlu dikelaskan mengikut kategori di samping sistem pengurusan tempahan dan bayaran yang sistematik. Semua apa yang saya inginkan itu sudah pun ada dan  tersedia di Lot.my. Justeru itu, tanpa was-was saya memilih sistem online yang disediakan oleh Lot.my. Terima kasih kepada team Lot.my yang telah menyediakan platform untuk saya berniaga di Internet. kesemua faktor di ataslah mendorong saya penuh yakin hingga kini bersama Lot.my.


Kata-kata motivasi anda untuk bakal-bakal usahawan.
Saya sering mengingatkan rakan-rakan yang ingin menyertai perniagaan secara online agar sentiasa menimba ilmu dengan mereka yang pakar dalam bidang ini. Sentiasa sabar dan jangan mudah putus asa. Ramai yang gagal kerena tidak rajin belajar daripada mereka yang telah terbukti telah kaya dan berjaya.

Jika tidak keberatan, boleh kami tahu berapakah income bulanan encik?
Perniagaan online ini saya jalankan secara sambilan sahaja namun mampu memberi pendapatan tambahan saya purata sebanyak RM5,000 sebulan. 

GAMBAR KEDAI



Bestseller products
Pen Digital Al-Quran







 MP3 Doa Haji & Umrah




0 comments:

Post a Comment