ad

Wednesday, October 17, 2012


Bahagian 5 (Membina Kedai Online)


Welcome Message
  • Dibahagian Welcome Message, ia merupakan kata-kata aluan di bahagian depan kedai. Ianya perlu diisi untuk memberi kata-kata yang baik kepada pengunjung. Setiap perkataan tersebut boleh di warnakan dan dibesarkan, sama seperti Microsoft Words.
  • Contohnya: Selamat Datang ke Kedai Online Danko. Message ini akan tertera di bahagian depan kedai online. Lihat gambarajah 1.3.3
Gambarajah 1.3.3

Back Link URL
  • Back Link URL, digunakan jika ada laman web yang lain untuk diletakkan.
  • Contohnya: blogspot, wordpress, facebook dan sebagainya.
Maintenance Mode
  • Maintenance Mode, digunakan jika kedai online anda sedang dinaik taraf.
    • Jika klik pada Yes, pengunjung tidak dapat melihat kedai online anda.
    • Jika klik pada No, kedai online anda boleh dilihat seperti biasa.
Tab Design
  • Setelah selesai, naik ke atas dan klik pada tab Design. Anda akan nampak seperti ini. Lihat gambarajah 1.4.1

      Gambarajah 1.4.1

Skin dan Background
  • Dibahagian design, anda perlu memilih Skin dan Background yang sesuai. Ia akan memberi imej kedai online anda lebih menarik dan menawan.
  • Disini ada pelbagai jenis design telah disediakan. Anda hanya perlu klik diruangan yang disediakan untuk membuat pemilihan design yang anda sukai. Lihat gambarajah 1.4.2
 Gambarajah 1.4.2

0 comments:

Post a Comment