ad

Sunday, August 7, 2011


Tips Untuk Mengoptimasikan Kedai Online Anda


Pembeli online seringkali mempunyai selerayang berubah-ubah dan ini menjadikan persaingan untuk menarik perhatian mereka untuk berbelanja di kedai online adalah sengit. Oleh yang demikian, mengoptimasikan setiap aspek dalam kedai online anda adalah amat penting.

Oleh kerana kami sudah biasa dengan sistem 'ecommerce, kami senaraikan beberapa langkah yang boleh di lakukan untuk mengoptimumkan jualan kedai online.

Pastikan kedai online anda 'laju'. Apabila pembeli datang ke kedai online anda, kelambatang kedai anda beroperasi boleh membunuh selera membeli mereka. Dan, sebenarnya banyak kandungan media di kedai yang boleh memperlahankan anda. Di cadangkan anda mengurangkan kandungan media seperti video, audio dan gambar yang bersaiz besar.

Buatkan pembeli datang kembali!. Setiap saat, boleh dikatakan ramai pelanggan yang berpotensi meninggalkan shopping cart, meninggalkan kedai online anda. Tetapi tidak buang masa anda, cuba analisis mengapa mereka meninggalkan kedai online dan ambil tindak balas yang sewajarnya.

Gunakan kupon. Kebanyakan pembeli online yang sedang membeli belah gemar mencari kupon sebelum membayar. Mereka akan mencari kupon di mana-mana laman web menawarkan kupon. Apabila jumpa kupon, mereka mungkin akan kembali ke shopping cart, tetapi keuntungan anda mungkin akan kurang sedikit.

Salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan mewujudkan laman kupon anda sendiri yang memuatkan kupon disesuaikan berdasarkan data pengguna. Pendekatan ini akan membawa lebih banyak pelanggan.

Jualan hari cuti. Kebanyakan laman web bergantung kepada jualan waktu cuti untuk meningkatkan jualan dan keuntungan. Trafik dan pengunjung pada waktu ini sangatlah banyak. Adakah anda bersedia untuk jualan pada waktu ini? Pastikan kedai online anda sudah bersedia sepenuhnya. Ingat pada waktu ini amat penting untuk anda mengukuhkan hal-hal seperti inventori dan khidmat pelanggan.

0 comments:

Post a Comment