ad

Wednesday, August 3, 2011


Aplikasi-aplikasi Internet Untuk Memudahkan Kerja Anda


Terdapat banyak aplikasi di internet yang berguna untuk memudahkan kerja perniagaan serta meningkatkan produktiviti anda. Dan yang lebih menarik kebanyakan aplikasi ini percuma untuk di gunakan baik di komputer ataupun telefon anda.

SpringPad - Simpan nota.

Jika anda mempunyai 'task', idea, nota atau apa sahaja yang terlintas di kepala, anda boleh simpankan ia di Springpad untuk rujukan kemudian nanti. Anda boleh set nama projek dan tarikh untuk nota tersebut. Malah anda juga boleh kongsikan 'note' anda kepada rakan-rakan anda.

RescueTime - Menguruskan masa.

RescueTime adalah aplikasi untuk menguruskan masa anda. Ia mampun mempertingkatkan produktiviti anda dengan menguruskan masa anda melakukan sesuatu. Ia juga boleh mengingatkan anda dari terlalu laman menangguh kerja atau projek anda. Walaubagaimanapun, RescueTime adalah aplikasi berbayar, anda masih boleh mencuba ia selama 14 hari secara 'free trial'.

DropBox - Menyimpan file.

Dropbox ialah umpama sebuah stor maya anda. Dimana melalui Dropbox anda menyimpan atau 'backup' segala file di komputer anda. Setelah anda menyimpan file anda ke Dropbox, ia akan boleh di akses dimana sahaja tanpa perlu anda membawa 'harddisk' komputer anda. Anda boleh mengakses segala file komputer anda melalui Dropbox di mana sahaja asalkan mempunyai talian internet.

Skype - Berhubung dengan pelanggan.

Skype memudahkan anda berhubung dengan pelanggan anda. Anda bukan sahaja boleh berhubung melalui teks, malah anda juga boleh menggunakan 'live video' untuk bersemuka dengan pelanggan anda. Selain itu, anda juga boleh mengadakan mesyuarat secara online dengan rakan-rakan anda melalui 'video conferencing'.


SlideShare - Persembahan/presentation.

Anda boleh berkongsi 'slide' persembahan Powerpoint anda kepada rakan-rakan anda melalui SlideShare. Selain itu, anda boleh gunakan ia untuk mempersembahkan produk dan ciri-cirinya kepada bakal pelanggan anda, hanya dengan meletakkan SlideShare ini di laman web anda.

Prezi - Persembahan/presentation yang lebih cantik.

Prezi tidak jauh beza dengan SlideShare. Cuma, jika anda bosan dengan persembahan Powerpoint yang terlalu biasa, anda boleh mencuba Prezi. Prezi memberikan anda efek-efek yang menarik untuk persembahan anda, yang mana bleh meningkatkan impression anda kepada sesiapa yang melihat persembahan anda.

Image credit: Gawker

0 comments:

Post a Comment