ad

Sunday, August 21, 2011


Kenapa Harga Diskaun Boleh Membahayakan Perniagaan Anda?


Percaya atau tidak, salah satu kesilapan besar yang di buat oleh perniagaan kecil ialah selalu memberikan diskaun. Walaupun mungkin ia cara yang mudah untuk anda mendapatkan pelanggan, tetapi ia sebenarnya boleh membahayakan perniagaan anda. Ia akan sentiasa membuatkan pelanggan anda terfikir tentang samada produk atau servis yang mereka beli berbaloi atau tidak.

Sebelum anda membuat diskaun untuk servis atau produk anda, pertimbangkan dahulu 5 sebab kenapa diskaun mungkin boleh membahayakan perniagaan anda:

Pelanggan tidak mempedulikan produk

Dengan memberi diskaun, fokus utama adalah pelanggan adalah ‘harga’ dan bukannya produk atau servis. Jangan membuatkan pelanggan terlalu fokus pada harga diskaun, batkan mereka lebih fokus anda pada kualiti produk atau servis anda. Pastikan selain harga, pelanggan anda juga berpuas hati dengan produk anda.

Kualiti semakin menurun

Apabila perniagaan anda fokus pada harga (diskaun), ia perlu fokus pada ‘kuantiti’ produk kerana produk pada harga diskaun perlu di promosikan pada kuantiti yang banyak untuk menjana lebih keuntungan. Jadi anda perlu memastikan kuantiti produk yang mahu di promosikan sentiasa mencukupi dan di siapkan pada masa yang di tetapkan, dan ini boleh menyebabkan penurunan kualiti produk. Apabila kualiti sudah di ketepikan, pastilah kredibiliti perniagaan anda semakin jatuh di mata pelanggan.

Perang Harga

Diskaun boleh menyebabkan perang harga dengan pesaing anda. Ini amat berbahaya kerana ketika ‘perang harga’ setiap perniagaan mahu mempromosikan produk pada harga yang rendah. Jika anda perniagaan yang kecil anda akan rugi banyak dan sudah pasti yang selamat ialah perniagaan yang mempunyai modal yang lebih banyak, iaitu perniagaan atau syarikat yang besar.

Persepsi yang salah dari pelanggan

Apabila diskaun selalu di berikan, sudah pasti persepsi pelanggan terhadap produk anda negatif, mereka anda berfikir bahawa harga sebenar produk atau servis pasti tidak berbaloi untuk di beli, kerana mereka selalu di promosikan produk anda dengan harga diskaun. Kenapa tiada harga sebenar?

Pelanggan yang tidak setia

Di mana ada harga diskaun atau harga murah di situ ada pelanggan. Ya, pelanggan memang mahukan harga murah. Tetapi anda tidak perlu selalu memberikan harga diskaun kerana ia seperti mengajar mereka untuk tidak setia kepada perniagaan anda, kerana kelak mereka akan hanya biasa membeli dengan harga diskaun dan apabila anda sudah tidak memberikan harga diskaun mereka akan ‘lari’ kepada peniaga yang memberikannya.

Gambar kredit: ShutterStock

0 comments:

Post a Comment