ad

Monday, August 15, 2011


Bagaimana Menulis Blog Untuk Perniagaan Anda


Blog merupakan medium yang sinonim dengan internet. Blog banyak memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat serta informasi terkini dunia. Boleh dikatakan lebih daripada 50% kandungan di internet adalah dari blog.

Malah banyak laman-laman web besar di internet menggunakan blog dalam menyebarkan maklumat, seperti Wall Street Journal, Forbes, CNN dan lain-lain. Google sendiri memberi kelebihan kepada blog-blog yang mempunyai kandungan yang bagus untuk mendapat ranking yang baik di laman carian mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan blog dalam menyebarkan informasi di internet.

Usahawan juga perlu memanfaatkan blog untuk mempertingkatkan produktiviti perniagaan mereka. Terdapat 2 jenis blog untuk perniagaan:

1) Blog untuk mengemaskini aktiviti perniagaan.
2) Blog untuk berkongsi informasi tentang industri perniagaan.

Melalui blog, usahawan boleh:

1) Membina kredibiliti mereka di dalam sesuatu industri perniagaan itu dengan berkongsi informasi dan tips mengenai industri itu sendiri.

2) Membuat pelancaran atau pra pelancaran produk yang akan datang, kerana blog di lihat lebih "reader friendly" berbanding laman web rasmi.

3) Berkongsi mengenai aktiviti dan kemaskini terkini perniagaan kepada pelanggan.

Apa yang ingin di tekankan di artikel kali ini ialah menggunakan blog untuk medium mempertingkatkan kredibiliti usahawan. Ini boleh di lakukan dengan berkongsi dengan pelanggan tips-tips yang membantu pelanggan menyelesaikan permasalahan mereka. Jika anda berjaya menyelesaikan permasalah mereka, anda pasti akan menjadi "guide" pada mereka seterusnya akan menjadi rujukan yang utama.

Kredit gambar

0 comments:

Post a Comment