Apabila mendengar perkataan inovasi, ramai orang menganggap bahawa ianya mesti melibatkan teknologi yang canggih. Contoh yang jelas ialah pembuatan kereta, pen al-quran, kapal terbang sonik, facebook, Google+, Lot.my dan macam-macam lagi.
Pendek kata, ramai usahawan menganggap bahawa untuk inovasi itu berlaku, mesti melibatkan penghasilan produk IT atau kejuruteraan.
Ini adalah tangapan yang salah. Selain teknologi, inovasi boleh berlaku pada business model. Saya akan beri 2 contoh syarikat terkenal yang melakukan inovasi melalui business model.
1. DELL
Dell telah melakukan inovasi business model dengan menjual customize computers. Senang cerita, Dell memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih ciri-ciri komputer yang menepati selera dan kemampuan kewangan pelanggan. Pelanggan boleh pilih nak CD-ROM yang macam mana, hard disk besar mana, processor laju mana, dan sebagainya.
Setelah membuat tempahan di website, baru Dell akan assemble/pek kan komputer tersebut dan menghantarnya ke rumah pelanggan. Tidak seperti syarikat-syarikat lain yang menjual komputer dengan pakej-pakej yang fixed.
Semua alatan-alatan komputer tersebut di bekalkan oleh syarikat-syarikat lain kepada Dell. Contohnya Seagate, sebuah pengilang hard disk yang terkenal di dunia.
Soalan: Dell menjual komputer. Bukankah itu bermakna Dell masih melakukan inovasi berkaitan teknologi?
Jawapannya: TIDAK sepenuhnya. Semasa syarikat Dell baru sahaja bermula, Dell hanya menjual alatan-alatan komputer sama seperti syarikat-syarikat lain. Mereka cuma melakukan penjenamaan semula iaitu DELL. Kemudian, mereka menggunakan customized e-commerce website (yang begitu ramai programmer IT boleh membangunkannya) sebagai enabler (pemboleh cara) bagi inovasi business model mereka. Setelah syarikat mereka berkembang besar, baru lah mereka menghasilkan produk-produk inovasi berasaskan teknologi canggih seperti Dell Blades Server.
2. GROUPON
Groupon adalah contoh paling ketara dalam melakukan inovasi pada business model. Mereka mewujudkan satu cara baru untuk usahawan mempromosi produk dan servis mereka. Para pembeli pula dapat membeli produk atau servis yang mereka suka pada harga yang sangat murah. Hasilnya, mereka di rekodkan sebagai syarikat yang paling cepat berkembang dalam sejarah manusia dan mendapat hasil jualan sehingga berbillion US Dollar setahun.
Soalan: Tapi Groupon menggunakan email marketing software. Bukankah itu juga bermakna mereka juga melakukan inovasi berkaitan teknologi?
Jawapannya: TIDAK. Email marketing software hanyalah sebagai enabler (pemboleh cara) bagi menjayakan inovasi business model mereka. Bersepah-sepah email marketing software ada di luar sana. Sama seperti customized e-commerce website yang digunakan oleh Dell. Groupon tidak menjual email marketing software sebagai produk mereka. Dell juga tidak menjual customized e-commerce website sebagai produk mereka. Kedua-duanya adalah teknologi yang dugunakan sebagai enabler kepada inovasi business model mereka.
Malah, Groupon tidak menggunakan in-house email marketing software pun. Mereka outsource kepada Mailchimp.
Kesimpulan
Bagi kedua-dua contoh di atas, kelemahan yang perlu di atasi bagi menjayakan inovasi business model tersebut adalah modal perniagaan yang besar dan promosi secara aggresive dan besar-besaran. Sekiranya tidak, pesaing akan mula nampak keberkesanan business model tersebut dan mula melakukan perkara yang sama. Sekiranya ada modal besar dan promosi besar-besaran dilakukan, maka syarikat tersebut akan mendapat first mover advantage iaitu memonopoli pasaran pembeli.
Begitulah artikel untuk kali ini. Yakinlah, anda boleh melakukan inovasi walaupun anda tidak mempunyai latar belakang IT atau pun engineering.
Source: Aidan's Blog
0 comments:
Post a Comment