ad

Wednesday, July 6, 2011


5 Sebab Mengapa Pelanggan Berkata Kepada Anda "Mahalnya produk ni!"


Setiap usahawan pasti akan melalui perkara ini di mana pelanggan tidak berpuas hati dengan harga yang di tawarkan. Ini bukanhlah perkara yang boleh di pandang remeh kerana setiap pelanggan mempunyai sebab mereka sendiri untuk tidak berpuas hati dengan harga tersebut. Berikut di kongsikan 5 sebab utama menapa pelanggan tidak berpuas hati dengan harga produk atau servis anda.

1) Mereka tidak nampak ‘Value’ produk anda.

Kadangkala, pelanggan tidak nampak kesesuaian harga produk atau servis anda dengan harga yang di tawarkan. Jadi, anda harus pandai menerangkan kepada mereka kelebihan-kelebihan dan manafaat yang mereka bakal dapat jika membeli produk anda.

2) Mereka sudah ‘Survey’ harga di tempat lain.

Boleh di katakan produk atau servis yang sama banyak terdapat di pasaran. Sebagai contoh, komputer. Terdapat banyak jenis komputer di pasaran yang mempunyai rupa bentuk yang hampir sama, namun tidak semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama. Anda perlu pandai mempamerkan ciri-ciri dan kelebihan produk anda kepada pelanggan. (Rujuk point no.1)

3) Pesaing anda menjual dengan harga yang lebih murah.

Sesetengah pesaing pandai bermain dengan harga. Mereka menjual produk yang sama seperti anda tetapi meletakkan harga yang lebih murah. Di sini anda perlu menerangkan kepada pelanggan anda bahawa produk anda mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding produk pesaing anda.

4) Mereka mahu harga yang lebih murah.

Ada juga pelanggan yang sengaja mengatakan produk anda mahal hanya kerana mahu mendapatkan harga yang lebih murah daripada anda. Jadi anda perlu pandai bermain dengan harga semasa tawar-menawar dengan mereka. Jangan sampai rugi pula.

5) Harga tidak sama dengan bajet mereka.

Biasanya setiap pelanggan mempunyai bajet mereka sendiri. Jika harga anda melebihi dari bajet mereka, sudah tentulah mereka akan terperanjat dengan harga anda. Tapi, ini tidak bermakna mereka tidak mahu membeli, ini bermakna mereka perlukan sedikit masa untuk ‘adjust’ semula bajet mereka. Berikan mereka masa untuk berfikir.

(Credit Image: SquareSpace)

0 comments:

Post a Comment