ad

Thursday, January 13, 2011


Peniaga-peniaga Lot.my Di Akhbar Utusan




Bazar dalam talian
Seperti yang di lihat di Utusan Online.
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN

BLOG hari ini bukan sahaja medium menyampaikan maklumat tetapi dijadikan platform perniagaan secara dalam talian. Trend masyarakat menjual pelbagai barangan melalui blog semakin mendapat sambutan malah ada yang menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan dan memenuhi masa yang terluang.

Melihat senario tersebut, Lot.my sebuah laman e-dagang terkini di negara ini turut menyediakan platform khas untuk para usahawan membina kedai online sendiri dengan mudah.

Lot.my memberi peluang kepada usahawan baru untuk berkecimpung dengan perniagaan secara dalam talian. Di Lot.my pengguna dapat membina kedai online masing-masing dalam beberapa minit dengan beberapa klik sahaja.

Rata-rata peniaga yang berniaga di laman e-dagang itu berpendapat ia bukan saja mudah untuk dikendalikan malah mesra pengguna.

Ini kerana ia dibangunkan dan dilengkapi dengan ciri-ciri lengkap laman e-dagang seperti sistem katalog, sistem pemasaran, sistem inventori, sistem bayaran, sistem dokumentasi dan sistem perhubungan pelanggan.

Malah bagi pengguna yang kurang pengetahuan tentang teknologi maklumat (IT), Lot.my memastikan sistemnya mudah digunakan dengan memaparkan interface yang mesra pengguna.

Salah seorang peniaga, Nornadiah Sarjat, 23, berkata, dia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak setahun yang lalu dan membina kedainya sendiri menggunakan sistem Lot.my kerana lebih mudah.

Katanya, sehingga kini, kos operasi dan pengetahuan teknikal mengenai Lot.my adalah percuma.

”Kita hanya perlu mendaftar domain kedai, pilih reka bentuk kedai, masukkan produk di kedai serta lakukan promosi kedai dan produk.

”Selebihnya seperti jumlah produk yang tinggal serta pengurusan-pengurusan lain turut diuruskan oleh Lot.my dan ini sekali gus memudahkan kerja kita sebagai peniaga,” ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nornadiah yang menjual produk berupa tudung dan selendang mengakui, melalui tuds.lot.my, kerjanya menjadi bertambah mudah.

Jelasnya lagi, jika dahulu dia terpaksa melakukan sendiri pengiraan stok yang tinggal serta mengemaskini blognya setiap hari untuk memudahkan pembeli, kini tidak lagi.

Seorang lagi peniaga yang turut menjual produknya melalui stylotots.lot.my ialah Noor Emilda Adam, 29.

Dengan menjual pelbagai barangan bayi, Noor Emilda yang memulakan perniagaannya April 2009 hanya menjadikan bidang perniagaan ini kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Bermula dengan suka membeli barangan bayi melalui Internet, akhirnya Noor Emilda mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

”Segala-galanya berlaku secara tidak sengaja dan di awal pembabitan, saya menggunakan blog sendiri untuk menjual produk-produk bayi ini.

”Tetapi masalah seperti susah nak kemaskini dan kendalikan kadang kala membuatkan kita rasa tertekan.

”Berlainan pula dengan Lot.my di mana segala-galanya mudah,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu bertuah kerana hari ini perniagaanya bukan sahaja semakin maju malah pelanggannya juga turut bertambah

Seorang lagi peniaga, Nurul Razali, 32, (gambar) mengakui melalui ‘kedainya’ mybabyworld.lot.my, dia mampu mengendalikan sebuah perniagaan yang berasaskan barangan bayi dengan mudah dan cepat.

Dia yang turut mengakui tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang IT, teruja untuk meneruskan perniagaanya apabila mendapati lama e-dagang tersebut amat mudah dikendalikan bagi orang sepertinya.

”Lot.my ini dibangunkan supaya mudah digunakan walaupun oleh pengguna yang tiada kemahiran IT yang tinggi.

”Pada masa yang sama, kita juga tidak lagi perlu mengemaskini stok kerana segala-gala akan dilakukan oleh Lot.my,” katanya.

Dapatkan kedai online anda sendiri di www.lot.my

0 comments:

Post a Comment