ad

Tuesday, December 21, 2010


4 Sebab Kenapa Perniagaan Anda Perlukan Blog


Salah satu elemen yang penting dalam pemasaran ialah perhubungan dengan pelanggan. Namun, tidak semua kaedah untuk perhubungan pelanggan adalah murah lebih-lebih lagi jika anda ingin melakukan kempen besar anda. Salah satu cara yang paling mudah dan efektif untuk anda berhubung dengan pelanggan adalah melalui blog. Antara sebab mengapa blog boleh memainkan peranan dalam perhubungan pelanggan ialah :

Mempamerkan Personaliti Anda

Kata orang tidak kenal maka tidak cinta. Jadikan blog sebagai medium untuk mempamerkan personaliti anda kepada pelanggan, supaya mereka akan lebih mengenali anda melalui personaliti dan penulisan anda. Jadi semasa menulis, penting untuk anda menunjukkan personaliti sebenar diri anda.

Komunikasi Bersama Pelanggan

Anda juga dapat membina hubungan dengan pelanggan dengan berkomunikasi dengan mereka melalui blog. Tanya permasalahan mereka tentang produk atau servis anda. Di sini anda mengetahui di mana kesilapan anda dan memperbaikinya untuk prestasi yang lebih baik. Anda juga boleh melakukan survey dan permintaan semasa pelanggan anda.

Mengumumkan Berita Terkini

Dengan blog juga anda dapat berkongsi dengan pelanggan anda tentang berita dan informasi terkini perniagaan anda. Selain itu, anda juga boleh mengumumkan promosi terkini produk atau servis anda. Pelancaran produk anda juga mungkin boleh di lakukan di blog.

Berkongsi Informasi

Anda juga boleh berkongsi informasi yang sangat bermanfaat kepada pelanggan anda di blog. Berikan mereka informasi yang mereka tidak boleh dapat di mana-mana. Ini dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kemampuan anda.

0 comments:

Post a Comment