ad

Sunday, December 12, 2010


Jual Beli : Antara Keperluan Dan Kemahuan

Salah satu teknik yang perlu ada pada setiap usahawan ialah membuatkan prospek membeli apa yang anda promosikan (walaupun kadangkala ianya bukan keperluan). Ini kerana setiap manusia mempunyai naluri dan kemahuan mereka sendiri. Naluri mereka sangat tipikal, mereka sentiasa mempunyai kemahuan untuk menjadi lebih dari apa yang mereka ada, walaupun mereka tahu ia bukan keperluan semasa.

Cuba anda fikirkan kembali, berapa kali anda membeli barang mengikut kemahuan anda? Berapa kali anda melihat produk-produk di televisyen yang bukan keperluan tetapi masih mendapat permintaan yang tinggi? iPhone? Astro? Produk kecantikan? Untuk memberi anda sedikit klue, cuba anda perhatikan beberapa contoh asas kemahuan seorang manusia di bawah :

1. Untuk menjadi lebih baik – Mereka mahu menjadi lebih baik dari rakan-rakan mereka. (Memakai kereta yang lebih mahal, memakai handphone yang terkini dll)

2. Belajar sesuatu yang baru – Sesuatu yang baru boleh membuatkan mereka kelihatan lebih advance dari rakan-rakan mereka.

3. Menjadi popular – Tidak penting bukan? Tetapi mengapa industri hiburan masih di banjiri bakat-bakat baru melalui program realiti televisyen?

4. Untuk berhibur – Walaupun mereka tahu hiburan melalaikan tetapi mereka masih menginginkannya. (Tidak hairanlah perniagaan berasaskan hiburan mendapat banyak keuntungan)

Siapa yang tidak mahu menjadi lebih baik kan? Sebenarnya, banyak lagi sikap pengguna yang boleh anda fahami hanya melalui produk/servis yang sedia ada di pasaran. Tugas anda untuk meyakinkan mereka bahawa produk/servis anda mampu mencapai kemahuan mereka. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment