ad

Monday, January 4, 2010


Labels:

Blog vs E-Commerce, Mana Satu Terbaik?

This article was first appeared in wangcyber.com

Sekarang ni ramai yang nak cari duit kocek lebih, maklumlah, zaman gawat, harga gula pun dah naik dua puluh sen. Antara cara paling mudah nak cari duit poket lebih ialah dengan berniaga secara online. Namun bagaimana cara untuk membangunkan kedai online sendiri? Seringkali saya ditanya, guna blog atau e-commerce? Kali ini saya akan cuba berkongsi kebaikan dan keburukan bagi kedua-dua pilihan ini.

Kelebihan Blog berbanding E-Commerce

  1. Antara kelebihan utama menggunakan blog ialah kerana ia mudah dan murah dibina. Malah anda boleh menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti wordpress ataupun blogspot. Tidak seperti laman e-commerce, anda mungkin perlu bebelanja ratusan dan ribuan ringgit untuk mengupah pembina laman web membangunkan laman e-commerce anda.
  2. Pembangunan blog tidak mengambil masa yang lama, dalam sehari anda boleh membangunkan perniagaan anda. Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu jika anda menggunakan e-commerce.
  3. Bagi perkhidmatan blog percuma, terdapat ribuan template yang juga boleh digunakan secara percuma. Pada masa ini, anda boleh mendapatkan template blog yang sangat cantik dan menarik seperti di sini atau di sini.
  4. Antara kelebihan lain blog adalah kandungannya yang mesra enjin pencari menyebabkan mereka lebih cepat dijumpai dan diindek oleh enjin pencari seperti Google dan Yahoo berbanding e-commerce. Kebanyakan laman web e-commerce hanya menyenaraikan produk dan ia memerlukan kerja tambahan bagi menjadikan ia mesra enjin pencari. Bagi blog pula, terdapat banyak plugin yang membantu memperbaiki SEO laman blog tersebut.
  5. Laman blog percuma selalunya diupgradekan secara automatik dari masa ke semasa. Ini sangat penting bagi memastikan blog sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Ia juga penting bagi mengekalkan keselamatan blog dari diceroboh.

Kelebihan E-Commerce berbanding Blog

  1. Blog tidak dibina untuk tujuan perniagaan. Oleh itu, buat masa ini, tiada cara khusus bagi pemilik blog menerima sebarang tempahan secara terus. Kebanyakan tempahan di terima secara manual melalui email. Berbanding blog, laman e-commerce direka dengan menepati kehendak perniagaan internet. Oleh itu tempahan, pembayaran, dan penghantaran lebih mudah diuruskan. Bagi pengguna blog, modifikasi perlu dilakukan (seperti pengunaan plugin WP-e-Commerce) untuk pengguna wordpress.
  2. Walaupun pengguna blog boleh melakukan modifikasi dalam blog mereka, ia bukan lah cara yang optimum. Rekabentuk dan pangkalan data blog bukan dibina untuk tujuan perniagaan. Oleh yang demikian, kemungkinan besar ia tidak dapat menampung transaksi yang banyak bagi sesebuah kedai online yang mempunyai banyak produk dah pelanggan. Sistem ecommerce moden seperti Magento dan OpenCart dibina bagi memenuhi kehendak perniagaan internet
  3. Bagi e-commerce, anda tidak mempunyai masalah untuk melihat laporan perkembangan perniagaan anda. Kebanyakan sistem e-commerce dilengkapi dengan pelbagai laporan bagi memudahkan anda memantau perniagaan anda. Malah terdapat sistem e-commerce yang dilengkapi dengan sistem perakaunan, CRM dan inventori.
  4. Laman e-commerce juga membuatkan perniagaan anda nampak lebih professional. Ini mungkin hanya satu persepsi, namun bagi berjaya di alam siber, persepsi juga memainkan peranan yang penting.

Kesimpulan

Blog atau e-commerce? Terpulang kepada anda, jika anda hanya memiliki beberapa produk, anda boleh menggunakan blog untuk membangunkan perniagaan anda dengan mudah, murah, dan cepat. Tapi sekiranya anda mengutamakan fungsi dan sistem yang lebih efektif bagi mengurus perniagaan anda yang lebih besar, saya cadangkan anda menggunakan sistem e-commerce.

Alternatif Lain

Masa kini, sudah terdapat sistem hybrid yang menggabungkan sifat mudah, murah, dan cepat blog dengan sistem efektif e-commerce. Saya jangkakan ini merupakan masa depan perniagaan online. Sebagai contoh, sistem tempatan Lot.my membolehkan pengguna membina kedai online mereka semudah membina blog. Sistem sebegini dipanggil SAAS atau Software As A Service. Di luar negara SAAS untuk e-commerce menjadi salah satu pilihan bagi membangunkan kedai online.

0 comments:

Post a Comment