ad

Thursday, November 18, 2010


Labels:

6 Widget Berguna Untuk Kedai Lot.my Anda


Feedjit

Feedjit membolehkan anda mengetahui siapa yang telah datang ke kedai anda. Feedjit juga akan memberi statistik terperinci tentang sumber dari mana pengunjung datang ke kedai anda. Jadi anda akan dapat membuat analisis cara pemasaran anda. Ia juga memberi maklumat masa dan waktu pengunjung tersebut datang. Feedjit juga boleh di integrasi dengan beberapa laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Social Button
Facebook Share Button
Twitter Share Button
Google Buzz Button
Share This

Anda boleh meletakkan widget-widget share seperti ini untuk memudahkan pengunjung berkongsi kedai anda dengan rakan-rakan mereka, secara tidak langsung anda mendapat trafik dan viral percuma. Untuk membuatkan pengunjung berkongsi kedai anda, pastikan anda mempunyai kandungan yang menarik dan mampu menarik minat mereka.

User Online

Dengan meletakkan widget User Online, anda dapat memaparkan jumlah keseluruhan pengunjung semasa anda kepada umum. Ini dapat menarik lebih ramai pengunjung, seperti yang kita tahu, orang ramai lebih suka dan percayakan laman web yang popular dan mempunyai ramai pengunjung. Ini dapat menambah kredibiliti kedai anda kepada umum.

Site Counter

Site Counter mempunyai fungsi yang tidak kurang bezanya dengan User Online, cuma bezanya ia menunjukkan jumlah keseluruhan pengunjung kedai anda. Pengunjung gemarkan kedai yang selalu di kunjungi, ini menunjukkan kedai anda mendapat kepercayaan ramai. Site Counter juga mempunyai pelbagai design dan warna statistik yang dapat di sesuaikan dengan tema kedai anda.

Shoutbox

Komunikasi antara anda dan pengunjung amat penting, jadi kenapa tidak anda meletakkan Shoutbox untuk memudahkan komunikasi dengan mereka. Manalah tahu mereka mempunyai pertanyaan atau cadangan tentang produk anda. Ini sangat membantu membina hubungan anda dengan mereka.

Feedback Box

Feedback dan cadangan pengunjung amat penting. Berlainan dari Shoutbox, cadangan dari Feedback Box hanya akan dapat di lihat oleh admin kedai sahaja. Ia amat penting untuk mengetahui apa yang di cadang dan di inginkan pengunjung dan amat berguna untuk meningkatkan prestasi kedai anda.

0 comments:

Post a Comment