Sunday, September 25, 2011
Bagaimana Mendapatkan Testinomial Dari Pelanggan (Dengan segera)
Salah satu cara yang terbaik untuk memasarkan produk anda ialah mendapatkan testimonial atau maklumbalas dari pelanggan yang sedia ada. Testimonial adalah sangat penting, kerana ia adalah pengalaman sebenar dari seorang pengguna atau pelanggan yang pernah berurusan dengan syarikat anda, di mana jika urusan anda dengan mereka baik dan berjalan lancar, maka baiklah testimonial yang anda akan dapat.
Bagaimana mendapatkan testimonial dari pelanggan dengan segera.
Salah satu cara untuk mendapatkan testimonial (yang positif) dari pelanggan anda ialah dengan memberikan layanan yang terbaik untuk mereka. Memberikan servis dan penjagaan yang berkualiti kepada mereka ini akan menjadikan setiap urusan anda buah mulut kepada mereka. Apabila tersebar, ianya secara automatik akan menjadi bualan dan maklum balas positif kepada rakan-rakan mereka.
Memberikan sesuatu yang amat berkualiti
Walaupun kita sering kali di beritahu supaya mendapatkan segera ‘referral’ dan testimonial selepas jualan, tetapi ada jalan lain yang lebih efektif, iaitu memberikan ‘sesuatu yang amat berkualiti’. Ianya begini, apabila pelanggan selesai membeli produk atau servis anda, terus sahaja berikan sesuatu yang berkualiti sebagai follow up kepada jualan tadi. Ianya boleh jadi, kandungan buku, informasi perniagaan, laporan dan pujian kepada perniagaan pelanggan anda. Sebagai pulangan mereka akan member pula pujian kepada produk atau servis anda. Manusia memang gemar tolong menolong sesama sendiri. Cubalah sendiri.
(Kredit gambar)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment