ad

Wednesday, November 3, 2010


Lagi 5 Tips Untuk Pemasaran Facebook


Kita tidak akan dapat berhenti bercakap mengenai Facebook, kerana ianya amat sinonim dengan masyarakat kita sekarang. Mengikut statistik semasa, pengguna Facebook di Malaysia adalah kedua terbesar di dunia. Amatlah rugi jika anda tidak mengambil peluang ini untuk mengoptimasikan pemasaran perniagaan anda di internet. Di sini kami kongsikan lagi 10 tips menarik untuk pemasaran Facebook anda.

Gunakan url yang menarik untuk profile

Biasanya selepas anda register akaun profile anda, url default akan di berikan dan ia kelihatan agak kurang kemas. Oleh itu, untuk lebih menonjolkan brand anda, ubah url profile tersebut. Untuk mengubah url profile, anda boleh layari www.facebook.com/username. Orang ramai akan lebih mudah mengingati url profile anda begini www.facebook.com/lotdotmy daripada www.facebook.com/profile5279739. Setuju?

Lengkapkan profile anda

Profile anda adalah tempat pertama di mana setiap pelanggan atau prospek akan singgah nanti. Jadi penting untuk anda melengkapkkan profile anda dengan maklumat perniagaan anda. Di bahagian description, anda boleh letakkan maklumat produk anda, di bahagian url letakkan alamat laman web kedai anda. Anda yang tentukan. Optimumkan penggunaan profile ini dengan sebaiknya.

Sertai group page yang berkaitan

Sebarkan perniagaan anda dengan bersosial di dalam group-group yang berkaitan dengan perniagaan anda. Jika anda berniaga mengenai produk kesihatan, sertai mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengannya. Jangan lakukan spam! Cuba perkenalkan produk anda kepada orang ramai dengan maklumat-maklumat yang berguna untuk mereka, dan yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Ini akan menambah kredibiliti dan autoriti anda dalam pasaran anda. Oh ya, anda juga boleh memerhatikan pesaing anda dengan menyertai group page mereka.hehe

Mencantikkan fan page anda

Jika anda mempunyai fan page sendiri, anda boleh mencantikkannya dengan meletakkan pelbagai design menarik. First impression amat penting untuk setiap perniagaan, bayangkan jika prospek melihat kedai anda yang tidak kemas pada pandangan pertama, sudah tentu mereka tidak berminat untuk melihat produk-produk anda. Jika anda tidak mampu melakukan design sendiri, anda boleh mengupah designer freelance yang boleh di dapati di forum-forum usahawan di internet.

Melakukan contest di fan page

Facebook adalah tempat terbaik untuk membuat pemasaran viral. Cara yang paling mudah untuk melakukkannnya, ialah dengan membuat contest untuk fan anda. Melalui contest ini anda dapat juga mengeratkan silaturrahim dengan fans anda. Contest yang menarik juga secara tidak langsung akan memberi promosi percuma kepada produk anda, yang juga di panggil pemasaran viral.

0 comments:

Post a Comment