Pada artikel kali ini, kami ingin berkongsi tentang feature “Weight Based Shipping” dan cara menggunakannya. Mungkin tidak ramai yang menggunakan feature ini kerana kebanyakkan pekedai Lot.my menjual produk yang lebih sesuai menggunakan feature “Per Item”.
Langkah 1
Bagi menentukan setting weight based shipping produk anda, pertama sekali anda perlu tentukan berat default kedai anda di bahagian Setting > Store > Local. Di bahagian Weight Class, pilih sama ada Kilogram atau Gram bagi unit berat produk anda.
Langkah 2
Kemudian, pastikan anda memasukkan unit dan nilai berat item anda di bahagian Catalog > Product > Data. Sekali lagi, pilih sama ada berat produk anda dalam Kilogram ataupun Gram di bahagian Weight Class.
PERHATIAN: Sekiranya anda memilih “Kilogram” pada Langkah 1, maka anda mesti memilih “Kilogram” juga di Langkah 2. Perkara yang sama perlu dibuat sekiranya anda memilih “Gram” sebagai unit berat bagi produk anda.
Langkah 3
Secara umumnya, kami menetapkan kos penghantaran sebagai ’Flat Rate’. Jika anda mahu menggunakan weight based shipping anda boleh klik pada pautan Edit di bahagian Setting > Shipping > Weight Based Shipping. Kemudian anda perlu memasukkan nisbah Weight dan Cost mengikut nilai yang anda mahu, lihat contoh yang di tunjukkan di bawah : (Dalam contoh ini, weight class yang digunakan adalah Kilogram dan lokasi adalah Semenanjung Malaysia)
Perhatikan pada bahagian “Semenanjung Malaysia Cost”, terdapat digit-digit yang kelihatan seperti ini:- [0:0.00, 5:17.00, 10:27.00, 25:37.00, 35:47.00, 50:57.00, 55:67.00]
[5:17.00 = weight: cost]
Maknanya [5 = weight: 17.00 = cost]
Bila mana digit-digit tersebut ditaipkan bersebelahan seperti ini misalnya;
[50:0.00, 5:17.00, 10:27.00, 25:37.00, 35:47.00, 50:57.00, 55:67.00]
Ia bermakna setiap berat antara 5 Kg ke 9.999 Kg akan di kenakan kos penghantaran sebanyak RM17, bagi berat dari 10Kg hingga 24.999Kg akan dikenakan kos penghantaran sebanyak RM27 dan bagi berat 25 Kg hingga 34.999 Kg pula akan di kenakan kos penghantaran sebanyak RM37. Begitulah seterusnya.
Setelah selesai, klik pautan Save, dan ia sudah sedia untuk di gunakan.
Langkah 4
Pastikan juga anda telah “On” feature Shipping di bahagian Setting > Order Total untuk memastikan pelanggan anda dapat menerima jumlah keseluruhan order bersama dengan jumlah Shipping.
Sekian. Selamat mencuba!
Wednesday, November 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
tak boleh pun
Post a Comment