ad

Thursday, September 6, 2012


Bahagian 6: Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Peniaga

Terdapat beberapa masalah utama yang sering menjadi penghalang kepada peniaga untuk membuka kedai online. Oleh itu, di sini saya nyatakan dengan lebih jelas beberapa masalah peniaga.


a) Tiada Kepakaran Teknikal Untuk Membuka Kedai Online
   Sebagai contoh, terdapat salah seorang peserta kursus sewaktu seminar yang diadakan oleh Lot.my yang juga menghadapi masalah ini. Beliau yang berasal daripada Kedah telah mengemukakan soalan sewaktu seminar tersebut bahawa beliau tidak memahami langsung apa yang telah diberitahu sepanjang sesi seminar itu berlangsung. Lalu, tenaga pengajar menghampiri beliau untuk mengetahui masalah sebenar beliau.  Tenaga pengajar meminta beliau membuka laptop yang kelihatan masih baru dan membuka laman web Lot.my.

   Tenaga pengajar bertanyakan sama ada beliau mempunyai e-mel atau tidak. Beliau menggelengkan kepala, lalu tenaga pengajar membantu untuk membuat e-mel untuk beliau. Apabila tenaga pengajar meminta untuk menekan butang ‘ENTER’ pada laptopnya, beliau seperti teragak-agak untuk menekannya. Beliau tidak mengetahui langsung dimana letaknya butang ‘ENTER’. Daripada situ, barulah tenaga pengajar dapat mengetahui masalah peserta tersebut yang tidak mempunyai kepakaran langsung mengenai komputer.

   Tenaga pengajar meminta beliau mempelajari tentang kedai online melalui laman web Lot.my. Tenaga pengajar hanya memberikan tunjuk ajar secara asas pada mulanya. Selepas dua bulan, beliau berjumpa dengan tenaga pengajar dengan mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan beliau dengan Lot.my. Atas usaha beliau sendiri dan sistem Lot.my yang mudah dan ringkas, sekarang beliau  sudah mempunyai kedai online sendiri.

b) Tidak Tahu Membuat Pemasaran Online
   Masalah ini sering berlaku kepada peniaga online yang tidak tahu untuk mempromosikan kedai online mereka. Kebanyakan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam menggunakan blog, facebook fanpage, dan mailing list. Kewujudan medium-medium yang penulis sebutkan tadi sangatlah penting untuk membantu peniaga meningkatkan pembeli yang menggunakan kedai online mereka.

   Sebagai contoh, seorang peserta kursus Lot.my telah membuat kedai online beliau sendiri. Setelah hampir dua bulan, produk beliau masih tidak ditempah oleh sesiapa. Lalu, beliau datang ke pejabat Lot.my untuk memberitahu masalah beliau. Setelah dikenalpasti, masalah beliau ialah tidak mempunyai kemahiran untuk membuat pemasaran online.

   Tenaga pengajar di Lot.my telah memberikan tunjuk ajar dalam membuat blog dan facebook fanpage. Beliau mula membuat promosi tentang kedai online beliau di blog dan facebook fanpage. Dalam masa hanya dua ke tiga hari, sudah ada pesanan yang dibuat di kedai online beliau.

c) Tidak Tahu Apa Yang Hendak Dijual?
   Pernah ada seorang pelanggan Lot.my yang menghadapi masalah ini. Namanya Cik Rohaya yang berasal dari Kuala Lumpur. Beliau sudah mempunyai kedai online sendiri, namun masih tidak tahu produk apa yang harus dijual. Beliau datang ke pejabat Lot.my untuk meminta cadangan tentang produk yang ingin dijual. Tenaga pengajar di Lot.my telah membuat senarai semak tentang minat Cik Rohaya. Cik Rohaya memberitahu bahawa beliau sangat berminat dalam bidang fesyen. Tenaga pengajar Lot.my  mencadangkan siapa yang bakal menjadi sasaran pelanggan dalam perniagaan fesyen.

   Setelah membuat analisis, Cik Rohaya lebih berminat untuk mereka fesyen pakaian untuk wanita. Justeru, masalah Cik Rohaya dapat diselesaikan dengan menjual produk pakaian untuk wanita. Jadi, setiap perniagaan yang ditubuhkan perlu dikenalpasti dahulu apa produk yang hendak dijual. Produk yang hendak dijual hendaklah menepati minat kita supaya kita tidak mudah merasa bosan dengan kerja yang kita lakukan.




0 comments:

Post a Comment