1) Di dalam admin panel anda, klik pada pilihan Catalog > Coupon

2) Kemudian, klik pada butang Insert, untuk membuat kupon pertama anda.

3) Pada ruangan seterusnya, anda perlu memasukkan beberapa maklumat kupon anda.

Beberapa bahagian maklumat dalam bahagian ini yang perlu anda tahu:
Coupon Name – Nama kupon anda.
Coupon Description – Secara ringkas, penerangan mengenai kupon anda.
Code – Kod kupon anda (Peringatan: Kod anda mestilah tidak kurang dari 3 dan tidak lebih dari 10 karakter)
Type – Jenis kupon. Anda boleh pilih samada mahu meletakkan nilai kupon secara nilai peratusan (Percentage) atau melalui nilai tetap (Fixed rate).
Discount – Jumlah diskaun yang mahu di berikan.
Total Amount – Nilai minimum harga pembelian untuk pembeli menerima diskaun.
Free Shipping – On atau Off bahagian penghantaran percuma.
Products – Pilihan produk yang mahu di berikan diskaun.
Date Start – Tarikh mula diskaun.
Date End – Tarikh akhir diskaun.
Uses Per Coupon – Jumlah maksimum kupon yang mahu di berikan.
Uses Per Customer – Jumlah maksimum pembeli yang boleh menerima kupon.
Status – On atau Off pilihan Kupon
4) Setelah selesai mengisi maklumat, klik pada butang Save.

5) Kemudian, masuk pada pilihan Setting > Order Total

6) Kemudian, klik pada Coupon [Edit].

7) Pilih pada pilihan On, dan kemudian klik Save, untuk mengaktifkan sepenuhnya kupon anda.

*Setelah selesai setting Kupon anda, jangan lupa untuk mencuba ia sendiri untuk melihat samada ia beroperasi atau tidak.
2 comments:
terima kasih
phew~ at last :)
tQ lot.my !
Post a Comment