Twitter adalah laman sosial kedua terbesar penggunanya di Malaysia. Sehingga kini, pengguna Twitter di lihat semakin meningkat dari hari ke hari kerana kecenderungan pengguna internet terhadap komunikasi yang lebih pantas.
Tidak seperti Facebook, komunikasi di Twitter adalah lebih pantas. Ia boleh di umpamakan sebuah bilik besar yang di penuhi orang ramai berbual sesama sendiri secara langsung dengan pelbagai topik. Lebih menyeronokkan, topik-topik yang popular akan menjadi trend untuk tempoh tertentu. Jika seseorang ingin memasuki atau mengikuti topik yang di bualkan seseorang, ia perlu mengikuti atau istilah Twitter “Follow” seseorang yang di inginkan.
Sebagai usahawan internet, ini adalah satu peluang untuk mendapatkan prospek. Anda boleh menggunakan platform ini untuk mencari prospek anda mengikut topik yang mereka minati. Siapa tahu, mungkin ada pengguna Twitter yang sedang mencari produk seperti yang anda niagakan. Di sini kami kongsikan cara untuk mengenalpasti prospek anda di Twitter mengikut keyword.
Pertama sekali, pastikan anda telah mempersiapkan profile anda dan jadikan ia kelihatan professional. Letakkan gambar sebenar anda beserta link ke laman niaga anda. Sebolehnya untuk permulaan, letakkan status mengenai produk anda, sekurang-kurangnya 5 status. Kemudian, pergi ke laman Twitter Search. Taip keyword produk anda di ruangan search itu dan tekan butang search. Twitter akan menyenaraikan pengguna-penggunanya yang menggunakan keyword yang anda taip tadi. Apa yang anda perlukan, ikuti (follow) sahaja pengguna yang anda ingini mengikut keyword anda tadi. Lihat contoh pengguna di bawah dengan keyword "beli beg tangan".
Apa yang menarik, setiap kali anda mengikuti seseorang, secara automatiknya orang yang anda ikuti itu akan mendapat notifkasi terus ke email mereka. Ini akan memudahkan mereka untuk melihat profile Twitter anda dan seterusnya melihat status mengenai produk yang anda tawarkan. Tapi, sentiasa ingat, laman sosial bukan untuk tujuan promosi produk sahaja, pastikan anda selitkan sekali dengan komunikasi dan informasi yang berguna, supaya orang ramai tidak jemu dengan anda.
Oh ya, jangan lupa ikuti kami di Twitter. :)
Sunday, October 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment