ad

Wednesday, April 28, 2010


Labels:

TV9 Nasi Lemak Kopi O

Kami dijemput oleh penerbit rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 untuk perbincangan secara langsung tentang perniagaan online oleh wanita. Rancangan tersebut akan keudara secara langsung pada hari Ahad, 2 Mei 2010. Jadi kesempatan ini kami ingin menjemput mana-mana pemilik kedai di Lot.my untuk sama-sama dalam rancangan tersebut.

Kami memerlukan 2 usahawan sahaja. Sekiranya anda memenuhi kriteria dibawah, sila hubungi kami di email buzz@lot.my sebelum 29 April 6 petang.
  • Wanita
  • Mengusahakan perniagaan secara serius sama ada full time atau part time
  • Memiliki kedai di Lot.my
  • Petah berbicara
Sekiranya, anda memenuhi kriteria di atas, sila email kami. pastikan anda turut nyatakan alamat kedai anda dan nombor telefon. Ini peluang terbaik untuk turut sama mempromosikan kedai online anda.

7 comments:

Cik Seri on April 29, 2010 at 1:11 AM said...

wahhh...maaaaahuuuuuuuuuuuuuuu

Shahabudeen Jalil on April 29, 2010 at 11:36 AM said...

awat laki takleh ? diskriminasi jantina ka? huahauhauhauhauha.

Bird said...

kalau ada laki join.. hang akan tenggelam la.. hang bukannya hensem sangat..

Nurrza said...

Macam mana nak tgk list/directory yang menyertai lot.my. tq

Akmal Akhpah on May 5, 2010 at 5:55 AM said...

Contoh kedai boleh dilihat di http://lot.my/example

Ummi Hanie on May 11, 2010 at 1:46 AM said...

menarik !

tp saya xpetah sgt sbb pemaluuu..;)

http://pinkmuslimahstore.lot.my

Anonymous said...

urutkakirefleksologi.blogspot.com
macam naman nak register d lot.my

Post a Comment