ad

Thursday, February 2, 2012


10 Idea Untuk Mengembangkan Keuntungan Perniagaan Ecommerce Bagi Tahun 2012


Musim percutian pada tahun 2011 lepas telah memecahkan rekod dunia perniagaan online ataupun e-commerce. Mengikut statistik daripada comScore, hasil daripada kaji selidik yang dijalankan, jumlah pendapatan daripada jualan e-commerce adalah sebanyak $37 billion.

Kedatangan tahun baru 2012 ini adalah masa yang sesuai untuk memeriksa semula faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan kedai online anda dan langkah-langkah bagaimana untuk mengembangkan keuntungan anda.

Berikut adalah 10 cadangan untuk anda memulakan langkah ini:

1) Mempelbagaikan Pilihan Produk Anda

Ada beberapa cara untuk meningkatkan pelbagai produk yang ditawarkan di laman web anda. Anda boleh menganalisa semula produk-produk yang laris sepanjang musim percutian dan memperkenalkan produk yang hampir sama dengan produk tersebut ke pasaran. Selain dari itu, anda juga boleh meningkatkan kepelbagaian produk di kedai online anda dengan memperkenalkan produk-produk yang unik. Ini akan mempamerkan kelainan kedai anda berbanding pesaing-pesaing anda yang lain. Untuk melakukan tugasan ini, anda seharusnya menjalankan kaji selidik terhadap pelanggan-pelanggan anda untuk mengetahui produk apakah yang mereka inginkan.

2) Mengembangkan Perniagaan Anda Ke Pasaran Asing

Mengembangkan perniagaan ke pasaran asing boleh membantu untuk menjana keuntungan tambahan hanya dengan pelaburan yang kecil. Sekiranya sebelum ini anda hanya mengambil tempahan hanya dari seluruh Malaysia, mulakan langkah anda untuk menjual produk anda di peringkat antarabangsa. Anda boleh mensasarkan negara-negara yang tertentu dengan mencipta produk-produk jualan yang bersesuaian dengan citarasa masyarakat setempat.

Sebagai pelaburan, anda boleh mengklasifikasikan laman web anda mengikut pasaran tempatan dengan cara menggunakan bahasa dan nilai matawang tempatan sebagai medium perhubungan melalui kedai online anda.

3) Meningkatkan Pengalaman Pelanggan

Sukar bagi kita untuk mengukur dan menilai pengalaman pelanggan kita. Tetapi kita perlu sentiasa memantau pengalaman pelanggan ini kerana ianya akan membuahkan hasil perniagaan yang menguntungkan. Untuk menilai pengalaman pelanggan anda ini, jalankan satu kaji selidik untuk memeriksa kepuasan pelanggan apabila melayari kedai online anda. Anda juga boleh menggunakan perunding untuk menjalankan kaji selidik ini.

Hasil daripada kaji selidik ini boleh digunakan untuk anda meningkatkan lagi pengalaman pelanggan anda selain meningkatkan juga keuntungan anda. Apabila pelanggan melawati laman web anda berasa selesa dan berpuas hati terhadap servis dan produk yang anda tawarkan kepada mereka.

4) Melancarkan Saluran Jualan Baru

Salah satu faktor perniagaan secara online dapat berkembang dengan pesat adalah kerana pengenalan pelbagai cara untuk menjual produk. Sekiranya laman web anda tidak memperkenalkan kaedah-kaedah lain bagi tujuan jual beli, ini mungkin akan merugikan anda. Salah satu kaedah penjualan terbaru yang diperkenalkan melalui ecommerce ini adalah perniagaan menerusi peranti mudah alih, atau dikenali sebagai mobile commerce. Mobile commerce ini mampu untuk menjana keuntungan yang lebih dengan pelaburan yang sedikit.

Jualan perniagaan kepada perniagaan atau Busines-to-Business (b2b) juga adalah salah satu saluran perniagaan yang anda boleh di lancarkan. Perniagaan ini memerlukan anda untuk menawarkan ciri-ciri baru di dalam perniagaan anda seperti:

a) Bahagian produk yang dicari dan muat naik
b) Kuota /saham
c) Mengintegrasi sistem perolehan

Akhir sekali, pertimbangkan untuk menjual barangan anda di eBay. Langkah ini adalah mudah dan ianya mampu untuk menjana keuntungan yang besar.

5) Berkolaborasi Dengan Laman Yang Lain

Laman web anda akan menjana keuntungan tambahan sekiranya anda berkolaborasi dengan peniaga online yang lain dengan cara saling menjual produk sesama sendiri di laman web masing-masing. Sebagai contohnya, sekiranya anda menjual perabot rumah, anda boleh bekerjasama dengan peniaga yang menjual produk hiasan dalaman rumah.

Ini akan meningkatkan hasil jualan rakan kongsi anda dan akan memberikan anda keuntungan melalui hasil komisyen daripada jualan tersebut. Selain itu, rakan kongsi anda juga boleh mempromosikan produk jualan barangan anda di laman web perniagaan mereka dan ini akan meningkatkan hasil jualan anda.

6) Menaikkan Harga Barangan

Untuk kepastian, anda tidak boleh menaikkan harga barangan dengan begitu kerap. Walaupun, ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapat lebih banyak wang. Sebaik-baiknya anda seharusnya membandingkan harga jualan barangan anda dengan pesaing-pesaing anda terlebih dahulu sebelum anda menentukan samada boleh atau tidak untuk anda menaikkan harga barangan tersebut.

Seterusnya apa yang anda boleh lakukan adalah untuk memastikan samada pembeli boleh bertoleransi atau tidak terhadap kenaikan harga barangan tersebut, sekiranya anda memaklumkan akan hal kenaikan harga barangan tersebut kepada mereka terlebih dahulu.

Sebagai peniaga, anda juga perlu mengetahui bahawa peningkatan harga yang kecil sekalipun akan membawa pertambahan terhadap keuntungan hasil jualan anda. Anda mungkin akan mengalami sedikit rintangan sekiranya anda melakukan pertukaran harga secara kerap di kedai online atau sekiranya anda hanya menjual satu jenis produk sahaja.

7) Tingkatkan Pemasaran Anda

Anda perlu sentiasa meningkatkan usaha pemasaran anda, baik untuk produk atau laman web anda. Sebagai langkah permulaan, cari maklumat mengenai strategi-strategi yang boleh digunakan untuk mendapatkan pulangan daripada hasil pelaburan anda. Selain dari itu, langkah-langkah dibawah juga boleh digunakan untuk meningkatkan usaha pemasaran perniagaan anda:

1) Loyalty program. Ganjaran kepada pelanggan yang setia menggunakan produk anda.
2) Tawaran Untuk Pelanggan Baru. Hantar emel kepada pelanggan-pelanggan yang belum pernah melayari laman web anda. Sertakan maklumat mengenai kempen jualan anda serta tawaran-tawaran yang akan mereka peroleh.
3) Facebook. Gunakan Facebook sebagai medium perantaraan anda dan juga pelanggan-pelanggan anda. hal ini kerana, Facebook sudah terbukti mudah bagi anda untuk menjalinkan rangkaian serta memperluaskan promosi jualan barangan anda.
4) Free sample. Ini adalah teknik pemasaran yang lama tetapi terbukti berhasil untuk mempromosikan produk.

8) Keperihatinan Terhadap Faktor Keselamatan dan Prestasi

Keprihatinan pembeli terhadap isu keselamatan mungkin akan menyebabkan mereka kurang menggunakan kad kredit dalam urusniaga online. Hal ini juga mungkin menyebabkan pelanggan kurang melawati laman web anda. Dengan menunjukkan pengiktirafan sijil SSL dan mempamerkan logo SSL akan membantu anda membina keyakinan pembeli untuk membeli barangan daripada anda menerusi urusniaga online.

Prestasi yang perlahan mungkin akan mengakibatkan anda kehilangan pelanggan yang datang melawat laman web anda. sekiranya laman anda mengalami masalah prestasi pada tahun 2011, ianya adalah penting untuk anda meningkatkan prestasi laman web anda.

Tetapi anda seharusnya pertimbangkan kadar pertumbuhan laman web anda untuk meningkatkan prestasi dan skala.

9) Beroperasi Dengan Lebih Efisien

Mengurangkan kos akan meningkatkan keuntungan anda. Pada permulaan tahun baru ini adalah masa yang sesuai untuk anda melihat semula kos anda. Pertimbangkan perkara-perkara berikut:

a) Lakukan proses rundingan semula dengan pembekal
b) Menghentikan pengeluaran produk yang memberi margin yang rendah atau pulangan yang sedikit
c) Mengenal pasti alternatif lain bagi tujuan perkapalan dan penghantaran barangan
d) Periksa sistem akaun anda dan pastikan proses penentuan harga dan invois adalah tepat
e) Mempertimbangkan semula operasi-opearsi perniagaan yang tidak penting dan fokus kepada aktiviti-aktiviti yang lebih menguntungkan.

3 comments:

Minda GXTRA on January 29, 2013 at 7:33 PM said...

Terima kasih atas tips yang berguna ini, bagi saya seronok daat tips ini dan akan dicuba nanti.

kingkong on January 29, 2014 at 6:33 AM said...

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id

Top Niaga on February 19, 2014 at 8:19 PM said...

Tips dan idea yang menarik. terbaik untuk dijadikan rujukan pada mereka yang berniaga.

Post a Comment