ad

Sunday, January 29, 2012


Bagaimana Cara Untuk Menghargai Pelanggan Anda

0 comments

Kebanyakan perniagaan seringkali lupa bahawa interaksi, komunikasi penting bukan sahaja untuk mendapatkan pembeli, tetapi mengekalkan pelanggan sedia ada. Pelanggan sebenarnya tidak mempedulikan harga produk anda, seberapa tinggi pun, apa yang mereka mahukan cuma layanan baik dan mendapatkan pengalaman membeli yang positif.

Anda pasti tidak akan berjaya jika hanya menjual produk dan terus meninggalkan pembeli tersebut. Pelanggan mahukan layanan selepas membeli, sesetengah pelanggan membeli bukan kerana produk atau servis tetapi mereka mahu bersama 'komuniti' anda dan mereka percaya bahawa anda mampu membawa mereka kearah yang lebih positif.

Jadi, sebagai peniaga anda harus menghargai dan hormati mereka. Anda mungkin mempunyai produk yang 'meletup' tetapi tanpa layanan pelanggan yang baik, anda tidak akan mampu bertahan. Di bawah ditunjukkan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menghargai pelanggan anda:

- Lantik pekerja yang mampu dan 'amat berminat' untuk melayan pelanggan anda dan bukan sahaja mengejar duit.

- Kongsi kandungan yang mampu memberi pelanggan anda berasa lebih baik, bermotivasi, bersemangat dan sebagainya.

Permudahkan pelanggan anda untuk membuat maklum balas dan cadangan kepada anda.

Kongsikan kejayaan pelanggan anda kepada umum.

- Apabila anda membuat silap, sentiasa meminta maaf kepada mereka dan berikan penyelesaian yang efektif kepada mereka dengan segera.

- Dengar dahulu kemudian bar bercakap, untuk berkomunikasi lebih baik dengan pelanggan.

- Jangan sesekali menggunakan emosi semasa berurusan dengan pelanggan.

- Adakan suatu majlis atau parti khas untuk pelanggan anda berjumpa sesama mereka.

- Perkenalkan pelanggan anda kepada produk lain yang boleh memberi kebaikan kepada mereka.

- Senyum dan katakan 'Hello' adalah cara yang paling mudah membuatkan mereka gembira.

- Pastikan pelanggan mudah untuk menghubungi anda samada melalui telefon, Twitter, Facebook, atau apa sahaja platform.

- Letak atau 'feature' kan pelanggan anda di dalam artikel blog anda, mereka pasti akan berkongsikannya dengan rakan-rakan mereka.

- Jadikan newsletter anda mudah untuk di'unsubscribe' sekiranya mereka tidak sukakannya.

- Jangan sesekali memberi harga yang tersorok atau hidden charge kepada mereka.

- Jadikan mudah untuk mereka menukar atau memulangkan produk yang mereka tidak sukai atau tidak sesuai bagi mereka.

Wednesday, January 25, 2012


Undi Lot.my di Social Media Awards 2012

0 comments


Salam sejahtera,

Bagaimana dengan tahun 2012 anda setakt ini, harap-harap perancangan anda masih berjalan dengan lancar lagi hinggalah ke akhir tahun (atau sampai ia terlaksana). Kami telah dinominasikan didalam Social Media Awards 2012 untuk kategori Best Social Media Business of The Year. Jadi, kami ingin memohon jasa baik anda untuk mengundi kami, boleh? :)

Untuk mengundi Lot.my, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Masuk ke pautan laman Social Media Awards berikut - http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=41

2. Jika anda belum mendaftar, anda perlu mendaftar dahulu untuk mengundi (klik pada link ini untuk Sign up)

3. Kemudian, cari nominasi Lot.my di laman tersebut.

4. Klik pada butang Vote untuk mengundi.



Jika anda mengundi, undian anda amat kami hargai. Terima kasih.

Wednesday, January 11, 2012


5 Tool Untuk Meningkatkan Produktiviti Perniagaan Anda Pada Tahun 2012

0 comments
Mungkin agak klise untuk mengatakan perniagaan akan sentiasa berubah, tetapi walau bagaimanapun cara perniagaan berubah, ia akan tetap memberi kelebihan kepada industri edagang jika dipandang dari sudut positif. Amat bagus bagi pemilik perniagaan untuk lebih up to date kepada perubahan ini, lebih-lebih lagi perubahan dalam teknologi. Tidak rugi anda mengambil tahu, kerana ia boleh meningkatkan produktiviti perniagaan anda.

Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenali 5 tool yang mempunyai potensi untuk meningkatkan produktiviti dan menambah keuntungan kepada perniagaan anda.

1. Get Satisfaction

GestSatisfaction ialah perkhidmatan maklum balas pelanggan yang membolehkan sesuatu perniagaan untuk mengurangkan kos customer support dan mengoptimumkan usaha pemasaran. Perkhidmatan ini juga membolehkan sesuatu laman web untuk meletakkan link "Maklum Balas" di laman web mereka dan menyediakan mekanisme untuk pelanggan-pelanggan untuk mengemukakan idea-idea, bertanya soalan, komen, dan maklumbalas.

GetSatisfaction membantu perniagaan mewujudkan komuniti pelanggan yang sebenar dan boleh membawa kepada lebih keuntungan perniagaan.

2. Fiverr

Fiverr ialah marketplace yang mempunyai pelbagai jenis servis dengan harga USD5. Fiverr memudahkan serta menjimatkan kos perniagaan, jika sesuatu perniagaan ingin mendapatkan apa saja servis yang dinginkan. Fiverr mempunyai pelbagai servis untuk didapati baik dari segi kreatif seperti reka bentuk laman web grafik, reka bentuk logo, kad perniagaan susun atur, dan malah juga servis pemasaran laman web.

3. UserTesting.com

Amazon.com memang terkenal sebagai laman edagang yang gemar untuk 'testing' untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Laman web eBay pula sentiasa dikemaskini dan diuji untuk memastikan pembeli boleh mencari produk dengan mudah.

UserTesting.com ialah tool penyelesaian kepada laman edagang anda yang menyediakan data interaksi pengguna yang akan membantu perniagaan membuat pilihan yang lebih baik mengenai reka bentuk laman edagang, susun atur shopping cart, atau struktur laman edagang itu sendiri, bagaimana ia dilihat sendiri dari mata pengunjung.

4. Dlvr.it

Pemasaran media sosial menjadi satu komponen penting dalam aktiviti promosi setiap perniagaan. Menurut seorang pakar media sosial, Dan Zarrella telah menunjukkan bahawa penyumbang trafik atau pengunjung kepada sesuatu laman edagang adalah melalui link atau pautan dari laman web lain.

Dlvr.it adalah perkhidmatan yang akan mengautomasikan posting Facebook dan Twitter perniagaan anda, mendapatkan link yang relevan dan link dari suapan RSS. Dlvr.it boleh membantu laman edagang anda meningkatkan populariti akaun media sosialnya melalui perkongsian link.

Dlvr.it membuatkan pemasaran media sosial lebih mudah, menyediakan satu cara automatik untuk posting, dan, dengan itu, menjadi penyokong usaha-usaha pemasaran dan membawa kepada keuntungan yang lebih kepada perniagaan.

5. Lot.my

Dan yang terakhir sekali, sudah tentu, untuk meningkatkan keuntungan jualan online anda serta menjimatkan masa dan kos, gunakan Lot.my. Lot.my adalah domain e-dagang yang dibina khusus untuk membina kedai online. Sistem Lot.my disokong dengan ciri-ciri e-dagang yang lengkap. Antara fungsi-fungsi utama dan ciri-ciri e-dagang yang ada dalam Lot.my adalah seperti berikut:

• Sistem Katalog
• Sistem Troli (Shopping Cart)
• Sistem Pemasaran
• Sistem Pembayaran
• Sistem Dokumentasi
• Sistem Komunikasi Pelanggan

Kekuatan Lot.my adalah dalam kesederhanaan. Sesiapa sahaja boleh membuka kedai online dalam masa kurang daripada 5 minit. Pengguna tidak perlu mempunyai ilmu IT yang banyak; tanpa membelanjakan wang yang banyak, mana-mana pengguna boleh membina kedai online yang lengkap. Lot.my membolehkan pengguna untuk menguruskan kedai mereka dengan mudah, dari menghias kedai, menguruskan tempahan pelanggan, sehingga ke menganalisis trend pengunjung. (Klik sini untuk diskaun RM100 Lot.my)

Tuesday, January 10, 2012


Apa cara yang sesuai untuk mempromosi produk anda pada tahun 2012 ini?

0 comments

Pemasaran yang berkesan pada tahun-tahun yang lepas mungkin akan kurang berkesan untuk nnda pada tahun-tahun akan datang yang dilihat semakin menuju ke era telefon pintar dan media sosial.

Dibawah kami akan kongsikan beberapa idea untuk anda memasarkan produk selari dengan perubahan teknologi semasa telefon pintar. Idea-idea ini bukanlah baru, tetapi ia sudah pun dipraktikkan sejak tahun 2010 lagi, cuma ia dilihat akan lebih efektif untuk tahun 2012 dan tahun-tahun akan datang.

Pemasaran SMS

Beberapa pembekal SMS yang terkenal di US percaya bahawa mesej teks atau SMS adalah lebih efektif kerana ia 'menyentuh peribadi' pelanggan. Ini akan menjadi 'tool' pemasaran yang penting untuk tahun 2012 ini. Dijangkakan juga, syarikat-syarikat besar akan menggunakan pemasaran SMS untuk memahami kehendak dan trend pelanggan mereka.

Sebagai contoh, syarikat-syarikat ini akan menghantar SMS kepada senarai nombor telefon dengan menawarkan hadiah diskaun sebagai pertukaran untuk menjawab soalan survey seperti "Apakah lokasi percutian kegemaran anda?" Apabila pelanggan membalas SMS kembali, syarikat tersebut akan mengumpul data ini, dan akan mengetahui apa yang patut mereka tawarkan kepada pelangan ini pada tawaran yang akan datang.

Pemasaran SMS juga akan menjadi medium yang efektif untuk tawaran yang memberikan pembeli diskaun yang tinggi dalam jangka masa yang terhad (diskaun terhad). Ini adalah kelebihan untuk usahawan yang mempunyai produk dalam pelbagai jenis niche.

Persembahan Produk Yang Mesra Telefon Pintar

Terdapat ramai penduduk dunia yang memakai telefon pintar dan dijangka ia akan terus meningkat. Penggunaan telefon pintar untuk 'shopping secara online' di Malaysia yang sedang meningkat juga akan terus meningkat dengan ketara pada tahun 2012 ini.

Peniaga-peniaga online dinasihatkan untuk mengoptimasi laman web atau kedai online mereka untuk telefon pintar, terdapat juga beberapa tawaran yang tidak dapat dijalankan secara efektif seperti yang dilakkan di laman web versi penuh. (Cuba Lot.my)

2012 ini, kami akan cuba mengintegrasikan Lot.my dengan lebih baik untuk telefon pintar supaya setiap ciri-ciri edagang didalam komputer dapat diaplikasi dengan menyeluruh ditelefon pintar.

SMS ke Pemasaran Email

Email dan telefon pintar sememangnya sinonim, dan setiap pengguna pintar pasti akan menjadikan email sebagai komunikasi teks kedua selepas SMS. Jadi email boleh menjadi pemacu jualan yang penting pada tahun 2012 ini.

Pemasaran video

Video telah menjadi medium pemasaran yang penting untuk produk edagang sejak 4 tahun yang lalu, tetapi medium ini masih belum mencapai potensi sepenuhnya.

Pada 15 Disember yang lepas, ComScore, salah satu firma Analitik Internet yang terkenal, melaporkan bahawa kira-kira 183 juta pengguna Internet di Amerika telah dilihat menontoh lebih daripada 40 bilion video dalam bulan November 2011. Purata pengguna internet di Amerika Syarikat menonton lebih daripada 20 jam video untuk bulan tersebut. Pengguna jelas selesa dengan video diatas talian.

Video samada digunakan untuk mempromosikan produk atau menawarkan hiburan, kedua-duanya berpotensi menarik pelanggan baru. Ia memberikan pembeli lebih maklumat berkenaan produk. Apabila digunakan untuk hiburan, ia juga boleh membina hubungan, dan video-video hiburan amatlah suka dikongsi oleh pengguna internet di Malaysia yang berada di Facebook an Twitter.

Pada tahun-tahun akan datang, lebih banyak telefon pintar akan masuk ke pasaran, dan akan terus menjadi tekanan persaingan kepada semua usahawan dan pemasar dalam usaha mempromosikan produk mereka. Diharapkan, idea-idea yang dikongsikan diatas boleh membantu anda meningkatkan usaha pemasaran anda.

Monday, January 2, 2012


Bagaimana Nak Berjimat Sehingga RM100 Dengan Lot.my?

0 comments

JIMAT SEHINGGA RM100 SEMASA UPGRADE KEDAI LOT.MY SEMPENA TAHUN BARU 2012 INI!

Pertama sekali, Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua usahawan dan peniaga, semoga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik untuk perniagaan anda.

Bagi 'memotivate' usahawan dan peniaga yang mahu kickstart tahun 2012, kami ingin memberikan akaun Premium Lot.my kami dengan harga diskaun RM299, iaitu jimat RM100 dari harga sebenar, RM399.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Harga Diskaun RM299 Ini?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk ke 'laman rahsia' harga diskaun:



1. Login masuk ke admin panel kedai online Lot.my anda. (jika belum daftar, anda boleh mendaftar akaun percuma disini - http://lot.my/index.php?route=page/signup)
2. Klik pada link 'upgrade now' dibahagian atas menu navigasi.
3. Kemudian pada laman 'Upgrade confirmation', pilih pakej RM299
4. Klik upgrade dan anda akan dibawa ke laman pembayaran.
5. Sahkan pembayaran dan kami akan upgrade kedai Lot.my anda kepada Premium.

.....atau anda boleh juga terus menggunakan link ini untuk ke laman diskaun - http://[namakedai].lot.my/admin/index.php?route=user/upgrade (gantikan [namakedai] dengan nama kedai anda)

TERHAD UNTUK 25 ORANG YANG TERAWAL SAHAJA!

PS: Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, sila ajukan dibawah.