ad

Sunday, October 16, 2011


Apa Yang Usahawan Boleh Pelajari Dari Coca-Cola


Kadang-kadang, usahawan lupa bahawa setiap syarikat yang , besar juga bermula dari idea yang kecil. Hari ini, syarikat yang besar seperti Coca-Cola sudah menjana lebih dari 15 juta keuntungan sehari. Bukan mudah sebenarnya mereka mencapai tahap ini, mereka juga pernah mendapat kerugian lebih dari 15 juta pada awal pembukaan mereka dahulu. Ada beberapa pengajaran yang boleh di ambil dari mereka.

Keuntungan tidak datang dengan segera. Syarikat memerlukan masa untuk berkembang. Apa yang usahawan perlu pelajari ialah pengalaman dari setiap usaha yang di jalankan syarikat. Masa di perlukan untuk mempelajari pengalaman kerana jika masa di gunakan sebaiknya, hasilnya juga akan datang.

Coca-cola pada awal pembukaannya, kehilangan $20 juta pada tahun pertama menjual air. Mereka tidak dapat membuat duit langsung kemudiannya. Tetapi mereka mempelajari pengalaman dari situ dan membuat strategi yang baru untuk bangun.

Kegagalan adalah pembantu. Setiap kali anda membuat kesalahan,ini bermakna anda semakin hampir kepada kejayaan. Kegagalan adalah satu-satunya guru yang terbaik untuk anda kerana tanpa kegagalan anda tidak akan dapat mengetahui jalan ke arah kejayaan.

Masih belum terlambat untuk branding. Jika di lihat hampir setiap bulan Coca-cola mempamerkan iklan dan imej baru kepada produk mereka. Mereka sentiasa membiasakan diri mereka dengan trend atau fesyen terkini dunia. Branding bukan sahaja bermakna tetap pada sesuatu imej, tetapi branding adalah mengikuti trend atau fesyen terkini dunia untuk memastikan pengguna semakin rapat dengan produk.

0 comments:

Post a Comment