ad

Monday, June 13, 2011


Tips Untuk Mendapatkan Backlink Untuk Kedai Online Anda


Backlink merupakan perkara penting bagi search engine seperti Google, Yahoo. Biasanya, backlink adalah 60% dari keseluruhan usaha SEO kedai online anda. Melalui pembinaan backlink ini akan memberi kedai online anda relevan dengan kata kunci yang anda mahukan, contohnya, Lot.my mempunyai relevan dengan kata kunci “Ecommerce Malaysia”, jika pengguna search kata kunci “Ecommerce Malaysia” di Google ia akan memberi Lot.my berada di ranking pertama Google. Tetapi, bagaimana cara untuk mendapatkan backlink? Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk mendapatkan backlink ke kedai online anda.

1. Produk yang unik – Mungkin anda mempunyai sesuatu produk yang tidak di miliki oleh pesaing anda? Cuba letakkan produk-produk yang unik untuk kedai anda. Jika ada letakkan ia di hadapan kedai anda, supaya ia akan mendapat perhatian dari pengunjung. Produk unik dan menarik perhatian selalunya akan di kongsikan oleh pengguna internet dan ini secara tidak langsung menambah link kepada kedai anda. (Contoh ThinkGeek.com)

2. Blog & Penulis jemputan – Setiap kedai perlu mempunyai blog, jika anda tidak mempunyai blog untuk kedai anda, anda patut mendapatkannya sekarang, kerana blog amat berguna untuk memasarkan kedai anda. Melalui blog anda sendiri juga, anda boleh menjadi penulis jemputan di blog lain untuk menarik pengunjung serta menambah backlink ke kedai online anda.

3. Video produk – Anda juga boleh menggunakan video untuk mempamerkan produk anda kedai anda. Melalui video juga anda dapat menambah backlink ke kedai anda. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan video anda ke laman Youtube, kerana Youtube mempunyai pengunjung yang ramai. Letakkan link laman web anda di bahagian deskripsi video tersebut supaya mudah untuk penonton klik pada link kedai anda.

4. Peraduan – Peraduan mampu meningkat backlink sambil meningkatkan “awareness” pengguna terhadap produk anda. Jadi, adakan peraduan sambil mengajak peserta untuk meletakkan backlink anda pada setiap entri penyertaan mereka (blog, Twitter, Facebook)

5. Review produk – Review adalah sangat penting. Selain meningkatkan jumlah referral dan jualan, review juga dapat meningkatkan jumlah backlink ke kedai anda. Malah anda boleh minta peserta untuk review produk anda sambil meletakkan link kembali ke kedai anda. Ini dapat menambah pengunjung sambil meningkatkan ranking kedai anda.

1 comments:

liyas on June 14, 2011 at 4:22 PM said...

JUga boleh melalui social media, seperti facebook

Post a Comment