Thursday, June 16, 2011
Peta Penguasaan Facebook Di Dunia
Kelompok berwarna biru menunjukkan penguasaan Facebook di dunia Global.
Melihat kepada dua tahun lepas: Lebih banyak laman sosial lain yang menguasai di beberapa negara, walaubagaimanapun dunia sedang mula di kuasai Facebook. Peta yang terkini, Jun 2011, menunjukkan Facebook telah menguasai benua Amerika sepenuhnya, kecuali Brazil yang masih di kuasai oleh Orkut.
Kebanyakan negara di Eropah (Utara, Selatan, Timur dan Barat?, negara-negara Arab dan juga Australasia adalah di bawah "jajahan" Facebook. Malah India, negara yang pernah di kuasai Orkut kini telah di kuasai sepenuhnya oleh Facebook.
Peta-peta ini adalah hasil kerja seorang blogger dan pakar media sosial dari Itali, Vincenzo Cosenza.
Pada 2007, sebuah laman web media Gawker.com menulis: 'Laman web yang tempatan yang besar seperti Orkut di Brazil boleh di keluarkan dari peta kerana ianya adalah laman web utama dan tiada sesiapa akan berpindah ke laman web lain jika laman web utama negara di set sebegitu melainkan jika rakan-rakan mengikuti.
Peta: Facebook mengambil alih Amerika Tengah, India dan Amerika Utara.
Selain dari Orkut yang kehilangan India, Brazil kini adalah di kuasai penuh Facebook.
Walaubagaimanapun, statistik baru menunjukkan kemungkinan Facebook akan kehilangan takhta tidak berapa lama lagi.
Statistik baru itu menunjukkan 6 juta penduduk Amerika telah pun 'deactivated' akaun Facebook mereka bulan lepas, kerana risaukan privasi dan bosan dengan laman tersebut.
Dan statistik itu juga menunjukkan 100,000 penduduk UK sudah pun meninggalkan Facebook.
Dominasi: Brazil yang setia dengan Orkut, Russia dengan V Kontakte, China dengan QZone and Japan dengan Mixi
Peta dunia dari Jun 2009 hingga di sediakan Vincenzo Cosenza.
Penguasaan terbesar dari Rusia, yang masih setia bersama V. Kontakte, dan China dimana kuasa QZone. Japan masih bersama dengan Mixi. Hi5, yang popular di Mexico, Thailand dan beberapa negara Asia lain telah keluar dari peta. Manakala Bebo, yang di lihat amat besar dan popular 4 tahun lepas, kini tidak lagi di lihat dalam peta.
Berdasarkan ConsumersReports.org kajian bulan lepas, lebih kurang 7.5 juta pengguna Facebook adalah kanak-kanak di bawah 13 tahun.Statistik yang terkini memberitahu Facebook kini mempunyai hampir 600 juta pengguna di seluruh dunia.
Sumber artikel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
New world map...
Post a Comment