ad

Tuesday, April 24, 2012


Undi Lot.my & ShahabudeenJalil.com dan menangi iPad 3

1 comments

Ingin diumumkan disini bahawa kami ingin memberikan anda hadiah menarik seperti berikut:

1. Ipad 3 x 1 unit

2. GPS x 1 unit

3. Thumbdrive 4 GB x 100 unit

Semua ini percuma untuk pelanggan dan peniaga di Lot.my...


Bagaimana cara mendapatkannya? Mudah saja

Anda hanya perlu mengundi 2 laman web ini iaitu Lot.my dan ShahabudeenJalil.com untuk Anugerah Digi Wow Awards.

Caranya:

1. Pergi ke link ini dan klik 'VOTE' Lot.my

Klik sini untuk Vote Lot.my

2. Pergi ke link kedua ini dan klik 'VOTE' untuk blog ShahabudeenJalil.com

Klik sini untuk Vote ShahabudeenJalil.com

Setelah setiap kali undian, sila email kami di ipad3digi@gmail.com untuk memaklumkan kepada kami bahawa anda telah vote kedua-dua laman web ini.

Anda hanya boleh mengundi sekali bagi satu kategori dengan menggunakan satu akaun Facebook.

Untuk meningkatkan kebarangkalian untuk anda menang, anda perlu mewarwarkan rakan-rakan anda yang lain untuk vote juga. Ia boleh dilakukan dengan mewarwarkan di blog, Facebook dan Twitter anda.

Kami akan memilih pemenang untuk semua hadiah ini...

Undi sekarang dan menangi hadiah istimewa ini...

Jangan lepaskan peluang ini. Anda hanya ada 21 hari dari hari ini untuk mengundi dan jadilah orang yang bertuah mendapat iPad 3, GPS dan thumbdrive secara percuma ini.

Undi sekarang!

Terima kasih

Sunday, April 8, 2012


Tips Untuk Melakukan Pemasaran Emel Untuk Kedai Anda

0 comments

Pemasaran e-mel adalah cara yang hebat untuk menjaga hubungan yang berterusan dengan pelbagai prospek atau pelanggan. Pemasaran e-mel mungkin kelihatan cukup simplistik pada permulaan, taip sedikit mesej dan maklumat dan beberapa klik kemudian mesej anda akan sampai kepada mereka. Pada hakikatnya, ia tidak semudah itu, tetapi jika anda mampu menjalan kempen pemasaran e-mel yang berjaya, dengan mudah pelanggan akan bertindak mengikut arahan email anda.

Mempunyai keupayaan untuk mengubah prospek menjadi pelanggan melalui pemasaran e-mel memerlukan anda untuk mengikuti lima langkah mudah untuk berjaya:

1. Memberikan Informasi Bernilai

Menghantar emel semata-mata untuk mempromosi sesuatu boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan. Jika mereka dapati bahawa anda hanya menghantar emel promosi sahaja, berkemungkinan mereka tidak akan membuka email anda pada masa akan datang. Matlamat mana-mana kempen pemasaran emel adalah untuk menjadi sumber dan maklumat yang dipercayai. Anda harus menjadi aset yang dialu-alukan untuk pelanggan dan bukanya setaraf dengan email spam yang mereka terima yang lain.

2. 'Keep It Short'

Mesej emel anda harulah jelas. Jarang berlaku sesiapa yang akan membaca emel yang panjang, walaupun emel tersebut menarik kerana 'nature' emel adalah pendek dan padat. Selain itu, ia adalah penting untuk menyimpan senarai prospek anda yang tertumpu kepada pembaca yang benar-benar berminat. Simpan emel anda da senarai kenalan anda yang realistik sahaja. Menghantar kempen emel sehingga ke 3,000 e-mel mungkin tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa.

3. Pastikan Prospek Mahu Membaca Emel Anda

Jangan spam! Menghantar emel yang berulang-ulang kepada prospek yang tidak pernah meminta maklumat anda, akan menyebabkan anda membina jenis senarai emel yang salah, dan menyebabkan mereka mengelakkan emel anda dan seterusnya menyebabkan kerugian. Bina senarai anda dengan kebenaran pelanggan kerana ia penting untuk kejayaan kempen pemasaran anda. Wujudkan optin 'newsletter' di laman web anda, dan jangan takut untuk meminta pengunjung untuk melanggan newsletter anda jika mahu melihat berita atau kemaskini dari anda.

4. Call to Action

Setiap kempen emel yang berjaya harus mengandungi 'arahan yang jelas' atau 'call to action'. Melainkan jika matlamat anda adalah untuk hanya untuk memberikan maklumat sebagai kemaskini terkini anda, anda memerlukan 'call to action' untuk pelanggan anda untuk menghubungi anda atau mahu bekerjasama dengan anda pada masa akan datang. Mengambil pembaca anda kepada langkah seterusnya dalam interaksi dengan anda adalah penting untuk kejayaan pemasaran emel anda. Sama ada arahan untuk bertindak semata-mata klik pada pautan (link), atau untuk menjadi fans di Facebook malah untuk membalas ke email anda, 'call to action' akan memastikan emel anda akan memberi impak.

Pemasaran e-mel boleh menjadi teknik membangunkan perniagaan yang amat berharga, dengan menjadi pemberi maklumat profesional kepada data pembaca yangs setia. Walau apa pun, membina jenis imej yang betul adalah aspek yang paling penting dalam mana-mana kempen pemasaran e-mel.