ad

Friday, April 15, 2011


4 Tips Asas Untuk Memasarkan Produk Anda Secara Viral

0 comments

1. Jadikan mesej anda unik – Pastikan mesej di dalam proses pemasaran anda unik. Highlightkan kelebihan produk anda, apa perbezaannya berbanding dengan pesaing anda. Anda mahukan kempen pemasaran anda lebih menarik berbanding dengan pesaing anda. Ini akan memberi kelebihan kepada anda.

2. Sebarkan ke seluruh laman sosial - Mula berikan maklumat viral tersebut ke seluruh laman sosial, Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain. Ini kerana ramai orang yang berkumpul di sini, dan amat bagus untuk di mulakan.

3. Call to action – Tunjukkan call to action yang jelas untuk setiap kempen anda. Beritahu pelanggan, apa yang perlu mereka buat seperti “Kongsikan dengan rakan-rakan” supaya mereka lebih mudah untuk memahaminya.

4. Berikan hadiah – Berikan mereka sesuatu sebagai pernghargaan kepada usaha mereka membantu menyebarkan pemasaran produk anda. Ini akan memudahkan usaha pemasaran viral anda pada masa akan datang.