ad

Wednesday, May 16, 2012


Kenapa Pelanggan Lari Dari Laman Kedai Online Anda?


Kita mungkin pernah menghadapinya. Ketika anda bersedia untuk membeli seauatu yang anda inginkan, kad kredit pun sudah siap sedia untuk digunakan, tetapi atas beberapa sebab yang tidak dijangka anda tidak jadi membeli.

Mungkin kerana terlalu banyak anda ditanya untuk memasukkan nombor kad kredit anda. Mungkin kerana kos penghantaran, atau mungkin laman kedai online anda tiba-tiba 'crash'.

Cuba anda pertimbangkan ini, ada 5 sebab mengapa bakal pelanggan anda akan lari dari laman kedai anda. Jika anda mahu pengguna sentiasa membeli produk anda anda mungkin mahu melihat beberapa perkara ini untuk anda elakkan di masa depan.

Kedai Online Anda Lambat Loading

Setiap 2 saat masa kedai online anda loading bersamaan dengan 8% kadar pengguna meninggalkan kedai online anda, pada pandangan anda, jika anda mempunyai load time dari 8 saat ke 2 saat, kadar conversion mungkin akan naik sehingga 74%.

Mudah untuk mengetahuinya; Anda sanggup ke membazirkan masa anda menunggu laman kedai online yang anda mahu beli untuk 'load'?

Ada banyak sebab mengapa kedai online anda loading dengan lambat. Antara sebab yang seringkali dilihat adalah kerana kebanyakan laman edagang penuh dengan widget-widget yang tidak diperlukan dan memerlukan masa yang agak lama untuk load.


Proses Pembelian Laman Kedai Online Anda Terlalu Rumit

Jika anda bertanya kepada pelanggan anda untuk melakukan langkah yang lebih dari 5 langkah untuk membeli sesuatu, jadi anda bertanya terlalu banyak. Mencadangkan langkah-langkah berikut:

- Laman selamat datang
- Laman bahagian pembayaran
- Laman bahagian penghantaran
- Modul pembayaran dengan 'payment gateway'
- Laman terima kasih


Sistem Kad Kredit Anda Tidak Beroperasi Dengan Betul

Adakah perkara lain yang mengecewakan selain memasukkan nama, alamat, dan 16 digit nombor kad kredit anda 3 digit nombor keselamatan dibelakang kad dan kemudian reset dan anda perlu bermula dari awal sekiranya terlupa memasukkan nombor poskod kawasan atau perkara-perkara lain.


Caj Penghantaran Anda Terlalu Banyak

Seorang pakar berkata jika anda caj melebihi dari 10% dari harga keseluruhan produk untuk penghantaran, ini menunjukkan anda mengecaj terlalu banyak. Anda mungkin mengecewakan pelanggan anda ketika membeli dan membuatkan pelanggan meninggalkan kedai anda.


Laman Kedai Online Anda Tidak Beroperasi Dengan Sesetengah Browser

Anda mungkin pengguna tegar Google Chrome, tapi anda perlu tahu ada lagi pengguna lain yang menggunakan Internet Explorer. Pernahkah anda mencuba laman web anda pada browser lain? Kebanyakan laman web tidak beroperasi dengan baik pada sesetengah browser dan membuatkan pelanggan meninggalkan laman kedai online tersebut.

Gunakan Lot.my sebagai platform kedai online anda untuk prestasi yang terbaik.

0 comments:

Post a Comment