Twitter adalah satu laman sosial untuk promosi yang efektif tetapi kurang digunakan ramai.
Mengikut salah satu syarikat media sosial, ArgyleSocial, hanya 26 peratus peniaga memasukkan 'Call to actions' seperti 'beli sekarang' didalam tweet mereka. Manakala, hanya 23 peratus sahaja yang menggunakan Twitter untuk mempromosi tawaran diskaun sepeti diskaun dan kupon.
Twitter sebenarnya mempunyai banyak potensi untuk usaha pemasaran syarikat edagang. Dibawah, kami kongsikan 6 idea bagaimana untuk menggunakan Twitter untuk memasarkan produk anda.
1. Memberi Tawaran Eksklusif
Syarikat komputer, Dell telah menggunakan Twitter seja beberapa tahun lepas melalui channel mereka sendiri, iaitu @DellOutlet dimana channel ini mempromosikan tawaran eksklusif dan pengumuman mengenani kemaskini produk.
Akaun channel ini dihasilkan hanya khas untuk tawaran istimewa sahaja, jadi jika anda reply atau membalas tweet mereka, anda tidak akan mendapat reply dari mereka, kerana ia bukan untuk sokongan pelanggan. Walaubagaimanapun Dell ada membuat akaun khas untuk khidmat pelanggan.
Jadi disini dapat dipelajari, bagus untuk sesuatu kedai online membuat akaun Twitter khas hanya untuk promosi tawaran eksklusif sahaja supaya hanya yang berminat sahaja akan mengikuti akaun anda.
2. Meletakkan 'Calls to Action' didalam Tweet Anda
'Calls to Action' ialah perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada pelanggan atau prospek anda untuk bertindak. Anda perlu sentiasa memasukkan ia kedalam tweet anda supaya mereka tahu apa yang perlu untuk dilakukan selepas anda memberitahu mereka tentang promosi atau tawaran terkini.
3. Memasukkan Twitter Share Button
Ini cara yang paling simple dan efektif untuk meluaskan komunikasi tentang produk anda ke luar dari laman web anda. Twitter memberi pilihan anda untuk menggunakan Share Button mereka untuk diletakkan dilaman web anda. Ianya mudah, hanya dengan copy beberapa code diberikan kemudian paste ia dilaman web anda.
4. Kandungan Yang Berkualiti
Mengikut kajian, kebanyakan pengguna menggunakan Twitter sebagai rangkaian mendapatkan informasi terkini dan bukan untuk bersosial. Jika anda memberikan kandungan yang menarik untuk pengguna, anda mampu untuk menarik perhatian mereka.
5. Memberikan Khidmat Pelanggan
Mengikut kaji selidik dari Burson Marsteller, 19 peratus dari pengguna Twitter mencari khidmat pelanggan di Twitter. Juga diketahui 42 peratus mahu mempelajari mengenai produk dan servis, 41 peratus pula memberikan pendapat mengenai produk dan servis dan 31 peratus pula bertanya mengenai nasihat tentang produk dan servis. Ini menunjukkan peluang yang cerah untuk peniaga jika meluangkan masa berkomunikasi dengan pelanggan di Twitter.
Thursday, May 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment