Friday, May 4, 2012
Idea Kreatif Menggunakan Gambar Cover Facebook Untuk Mempromosikan Produk
Disini kami kongsikan 5 cara kreatif yang digunakan untuk Cover Timeline Facebook yang terbaru, dengan 12 contoh dari perniagaan kecil sehingga ke jenama-jenama terkenal.
1. Integrasikan Gambar Profil Dengan Cover Timeline
Cara yang paling menarik untuk menghasilkan cover timeline yang unik ialah dengan mengintegrasikan ia dengan gambar profil yang bersaiz 120x120 itu. Teknik ini boleh digunakan apabilan mahu memfokuskan pada produk atau logo syarikat. Dibawah adalah 3 contoh bagaimana teknik ini digunakan:
Steve Weiss Music
Gambar cover Steve Weiss Music mengandungi gambar pemilik yang memakai baju dengan logo syarikatnya. Dari screenshot tshirt beliau yang mana ada logonya , "King Ging" digunakan sebagai gambar profil.
Fanta
Dibawah, jenama minuman terkenal Fanta menggunakan label produknya sebagai gambar profil.
Ford Motor Company
Ford menggunakan gambar bangunannya sebagai cover dan meletakkan logo Ford sebagai gambar profil.
2. Letakkan Cover Dengan Gambar Kempen Promosi
Kirkland's
Walaupun Facebook tidak membenarkan penggunaan gambar cover dengan gambar promosi, syarikat dekorasi rumah, Kirkland telah menemui cara menggunakannya tanpa melanggar peraturan. Gambar covernya di gabungkan dengan Game Facebook yang dipanggil "This and That". Gambar cover ini ditukar secara mingguan dengan progress game tersebut.
New Leaf in Learning Conference
New Leaf in Learning menggunakan laman fans dengan meletakkan gambar cover mempromosi blogger yang berkaitan dengan konferens mereka. Laman fan ini sendiri melaporkan kemaskini konferens dan meletakkan insights kepada acara konferens.
LegalZoom
Syarikat servis dokumen LegalZoom menggunakan gambar cover untuk mempromosi aktiviti bulan Mac mereka sebagai "National Start-Your-Business Month."
3. Membina Jenama Dengan Visual Jenama Yang Jelas
Typography.com
Syarikat design tshirt Typography.com menggunakan gambar visual yang kuat produknya dan contoh orang yang memakainya. Untuk tujuan jenama, syarikat menghasilkan gambar civer yang digabungkan dengan design laman web mereka.
Well.ca
Syarikat kedai online produk kesihatan dan kecantikan dari Kanada ini menghasilkan gambar yang di gabungkan dengan seleksi produk yang disusun dengan cantik.
Cuba jadikan gambar cover anda kreatif supaya ia akan menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berkongsikan fan page anda dan secara tak langsung akan menambah fans anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment