ad

Thursday, May 31, 2012


12 Tool Untuk Meningkatkan Komunikasi Antara Fans Anda Di Facebook

Jika anda lihat pada tempat untuk menaikkan nama jenama anda, Facebook adalah tempat yang tepat. Dengan hampir 500 juta pengguna aktif setiap hari, ia adalah platform yang baik untuk berkomunikasi dengan peminat dan mempromosikan diri anda. Ia juga adalah suasana yang ideal untuk memantau prestasi pemasaran anda di Facebook.

Disini senarai tool-tool untuk membangunkan jenama anda di Facebook. Ada beberapa apps yang simple dan sesuai untuk perniagaan anda untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda.

Pagemodo. Apps ini memberikan apa sahaja yang anda perlukan untuk membina Facebook page yang cantik, sistematik dan professional tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Tingkatkan komunikasi diantara fans anda dengan ciri yang yang mudah dipasang seperti slideshow, video, borang hubungi dan peta serta tool media sosial lain yang berguna seperti kupon, 'group deal' dan pelbagai lagi. Harga: Percuma

Wildfire. Wildfire menawarkan beberapa apps untuk melakukan promosi di laman sosial. Anda boleh mengadakan peraduan, kupon, trivia dan kuiz. Gunakan tool untuk membina aktiviti promosi yang efektif. Harga: $5 untuk setiap aktiviti promosi + $0.99/sehari

Woobox. Fungsi Woobox tidak jauh bezanya dengan Wildfire. Ianya juga mempunyai set apps untuk melakukan promosi seperti kupon, undian, 'group deal dan bermacam lagi. Harga: $29/sebulan

LiveChat untuk Fan page.  App LiveChat membolehkan anda menyediakan sokongan secara langsung kepada  fans atau pelanggan dengan chat secara langsung. Apps akan menunjukkan kepada pengunjung info, seperti lokasi, kata kunci yang digunakan untuk sampai ke laman web anda. Mendapatkan kadar conversion dan pelbagai lagi. Harga: Pelan Asas: $36 sebulan.

TinyChat. TinyChat menyediakan ruangan chat secara video untuk digunakan sebagai persidangan video bersama peminat. Cipta bilik chat, kemudian kongsikan pautan dilaman web anda. Harga: Percuma

Forum untuk fan page. Forum untuk fan page adalah apps yang membolehkan anda meletakkan forum pada fan page anda. Ia mengandungi ciri forum yang sebenar bersama dengan control dari moderator. Untuk versi premium memberikan pengguna mengintegrasi ia dengan Google Analytics, RSS feed, tanpa iklan, dan header yang boleh diubah. Harga: Akaun biasa (Percuma); Harga Premium ($5/sebulan).

Friend Card.  Apps Friend Card membenarkan fans untuk menghasilkan kad ucapan kepada rakan-rakan mereka. Muatnaik logo dan hasilkan mesej yang sesuai dengan jenama anda. Harga: Percuma

SupportTab. App SupportTab ini menghasilkan jadual untuk fans anda bertanya soalan dan mendapatkan sokongan. Ini adalah tool yang baik untuk khidmat sokongan pelanggan tanpa perlu menghasilkan forum. Harga: Percuma

Offerpop. Offerpop memberikan aplikasi untuk melakukan promosi dan perhubungan sesama fans didalam Facebook. Apps mengandungi kuiz, peraduan video, tawaran, affiliate, dan bermacam lagi. Guna 1 apps dan bayar yuran mengikut kempen atau dapatkan langganan bulanan dan akses kepada keseluruhan apps. Harga: Percuma jika anda mempunyai fans kurang dari 100 pada permulaan kempen. Untuk yang mempunyai fans lebih dari 100 fans kempen bermula dari $10 untuk 14 hari dan langganan bermula pada $15/sebulan.

Kupon untuk Fan page. App dari Involver ini adalah cara yang paling mudah untuk menawarkan kupon dan promosi di Facebook. Aplikasi membenarkan anda menghasilkan 2 format kupon dan hanya memerlukan 2 minit untuk di pasang Harga: Percuma.

App MailChimp. App MailChimp mempunyai app Facebook yang menghasilkan senarai email dan borang pendaftaran pada tab Facebook anda. Fans boleh mendaftar newsletter tanpa perlu meninggalkan Facebook page anda. Harga: App adalah percuma untuk semua pengguna Mailchimp (Servis Mailchimp bermula pada $10/sebulan)

Fotobabble. Fotobabble adalah app Facebook yang percuma. Pasang ia pada fan page anda dan ceritakan melalui gambar yang mempunyai dialog dan slideshow. Harga: Percuma


0 comments:

Post a Comment