ad

Monday, May 7, 2012


10 Kesilapan Ketika Mencari Produk Untuk Diimport Dari China



Mengetahui tentang amalan-amalan terbaik yang dapat dipraktikkan di dalam aktiviti mengimport adalah bagus untuk pengimport. Hal ini kerana, kebanyakkan pengimport yang menjalankan proses ini buat kali pertama tidak mengetahui mengenai sesetengah perkara seperti budaya dan kaedah kawalan kualiti.

Selalunya, mereka merasakan adalah lebih mudah bagi mereka untuk menggunakan panduan dalam hidup sebagai asas dalam perniagaan mereka.

Sebaliknya, bagi saya, saya merasakan adalah lebih mudah dan efektif untuk menyenaraikan kesalahan-kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pembeli di Negara seperti China.

10 Kesilapan Semasa Mencari Sumber Produk

1) Mencari harga terendah

Sekiranya anda membeli sesuatu barangan dibawah harga pasaran, anda sebenarnya mengambil risiko yang sangat besar. Risiko ini terdiri daripada kualiti barang yang mungkin tidak mencapai standard yang anda inginkan atau anda mungkin telah ditipu oleh penjual atau pembekal kerana harga yang diletakkan adalah terlalu rendah daripada harga pasaran dan kadang-kala tidak relevan. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati dengan pembekal yang menawarkan harga rendah ini.

2) Meneruskan proses penghantaran barang tanpa memeriksa kualiti produk

Anda seharusnya memeriksa kualiti barangan terlebih dahulu sebelum proses penghantaran barangan tersebut diambil-alih oleh pembekal. Kegagalan anda untuk melakukan hal yang demikian mungkin akan mengakibatkan kerugian pada pihak anda. Seharusnya anda perlu memeriksa kualiti barangan ini secara sendiri atau melalui badan kualiti pemeriksaan. Dan proses ini seharusnya diambil sekurang-kurangnya untuk 5 kali penghantaran pertama barangan anda.

3) Kegagalan untuk menyedari bahawa sampel pra-pengeluaran sebenarnya adalah bahan untuk dijual.

Kebanyakkan pembeli akan terkejut apabila barangan yang mereka terima tidak menepati sampel yang telah mereka pesan. Jadi, pembeli seharusnya memeriksa kualiti barangan terlebih dahulu, sebelum proses penghantaran barangan dilakukan dan mengikut standard keperluan yang telah ditetapkan

4) Memaparkan kesangsian yang jelas terhadap sesuatu pembekal

Anda tidak seharusnya percaya sepenuhnya kepada pembekal anda walaupun anda percaya dia tidak akan menipu anda. Sentiasa letakkan sedikit kesangsian. Ini akan banyak membantu anda.

Bagi pihak anda pula, anda perlu memaparkan 2 perkara berikut terhadap pembekal anda :

1) Sentiasa mempamerkan imej yang baik dari perniagaan anda,
2) Tunjukkan bahawa anda mengambil berat terhadap mereka.

Sekiranya anda tidak mengambil langkah seperti ini, berkemungkinan pembekal akan mengambil ringan terhadap tugasan menghasilkan produk anda di kilang mereka.

5) Menganggap pembekal dan pengilang akan tepati masa

Kebiasaannya, terdapat kelewatan dalam proses penyediaan barang untuk dihantar kepada anda atau ke gudang. Jadi jangan harapkan sangat waktu yang pembekal dan pengilang berikan kepada anda. Anggap ia pasti ada kelewatan 1-2 minggu. Jadi anda perlu memesan sesuatu produk itu 1-2 minggu lebih awal daripada tempoh biasa.

Jika anda memaksa mereka menyiapkan produk anda dengan cepat. Mereka akan menyiapkannya tetapi dengan banyak kerosakan lain. Jadi lebih baik biarkan mereka lewat sedikit dengan anda mengambil langkah memesan lebih awal.

6) Membayar sesuatu dengan sepenuhnya sedangkan masih memerlukan bantuan kewangan

Sesetengah pembeli mempunyai hubungan yang baik terhadap pengeluar dan bersetuju untuk membayar 100% jumlah pembayaran terlebih dahulu ketika membuat pesanan sebelum menerima tempahan pesanan tersebut.

Tetapi, masalah akan timbul di kemudiannya, apabila pihak kilang gagal untuk mempercepatkan proses pembuatan barangan yang dipesan mengikut standard masa yang telah ditetapkan atau dipersetujui.

Terdapat juga isu-isu seperti kualiti barangan yang diterima tidak menepati ciri-ciri spesifikasi yang dikehendaki dan pihak kilang juga didapati enggan untuk melakukan semula proses pembuatan barangan tersebut apabila situasi seperti ini berlaku.

7) Membiarkan syarikat perunding anda berurusan sepenuhnya dengan kilang

Jangan bergantung sepenuhnya kepada orang tengah dalam proses untuk menjayakan perniagaan syarikat anda. Senarai pendekan kilang-kilang yang anda rasakan layak dan anda seharusnya mengenali pengilang anda dengan lebih terperinci. Anda juga harus melakukan proses ini secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah perkara asas di mana kebanyakkan pembeli mendapati perkara ini adalah efektif terhadap perniagaan mereka.

8) Tidak memberi penerangan terhadap sifat-sifat produk atau keseluruhan pakej yang diinginkan

Sekiranya anda tidak menentukan jangkaan anda terhadap spesifikasi produk yang anda inginkan, juruteknik sesebuah kilang yang akan menentukannya bagi pihak anda. Dan berkemungkinan besar juru teknik tersebut akan mengurangkan kos pembuatan barangan. Apabila kos pembuatan barangan dikurangkan, hasilnya kualiti produk yg telah dihasilkan adalah rendah.

Apabila anda mendapati bahawa produk itu tidak menepati kualiti yang telah anda tetapkan, anda tidak akan dapat untuk meluahkan ketidakpuasan hati anda terhadap pengilang kerana anda telah memberi kuasa sepenuhnya kepada pengilang untuk menghasilkan produk barangan anda .

Jadi anda seharusnya lebih mengetahui produk anda daripada anda membiarkan kilang membuat kerja ini untuk anda.

9) Berharap bahawa kilang yang tidak memuaskan dari segi pengurusannya akan bertambah baik dari semasa ke semasa

Bedasarkan kaji selidik yang telah dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa memberikan peluang kedua terhadap kilang yang tidak mencapai standard kualiti keperluan anda adalah satu idea yang sia-sia.

Hal ini adalah kerana, walaupun anda telah menyatakan ketidakpuasan hati anda kepada mereka, mereka tetap tidak akan memperbaiki kesilapan mereka atau menyusun semula organisasi mereka semata-mata untuk memenuhi kehendak anda.
Oleh yang demikian, daripada memperjudikan nasib anda, adalah lebih baik untuk anda mencari kilang yang lain sebagai pembekal anda.

10) Tidak menandatangani kontrak

Sesuatu kontrak yang dikuatkuasakan didalam sesuatu Negara adalah sangat berguna kepada pengimport sebagai pembeli. Walau bagaimanapun, kontrak ini bergantung kepada situasi semasa menandatangani kontrak dengan pembekal. Terdapat berbagai jenis kontrak yang boleh ditandatangani dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pembeli dan pembekal, antaranya ialah kontrak tidak kooperatif (non-cooperative contract), kontrak pengesahan secara kerap (verify constantly QC contract) dan kontrak melalui pihak ketiga (letter of credit).

Anda boleh merujuk syarikat konsultan anda sebelum anda memesan dari sesebuah kilang.

Artikel dari KBC

0 comments:

Post a Comment