Di bawah adalah 5 contoh cara kreatif yang digunakan oleh jenama-jenama terkenal untuk menggalakkan pengguna untuk berkongsikan kempen pemasaran atau mesej mereka dengan rakan-rakan.
Meningkatkan Ganjaran Sekiranya Pengguna Berkongsi
Dengan wujudnya elemen perkongsian sosial baru seperti 'Group Deal' dan 'Group Buying', anda boleh menghasilkan kempen 'Group Deal' anda sendiri, dimana lebih banyak perkongsian dibuat oleh pengguna akan lebih banyak ganjaran yang akan mereka terima. Jadi, pengguna akan berusaha untuk berkongsi dengan rakan mereka dengan lebih banyak untuk mengejar ganjaran yang ditawarkan.
Contohnya, seperti yang dilakukan oleh syarikat Sosej Oscar Meyer. Mereka menawarkan pelanggan kupon untuk mencuba produk mereka, dan kemudian menggalakkan mereka untuk kembali ke laman Facebook mereka untuk berkongsikan testimonial mereka (pendapat setelah merasa Sosej Oscar Meyer) bagi mendapatkan kupon yang kedua. Tetapi pada kupon yang kedua ini, nilainya meningkat lebih tinggi. Nilai ini akan terus meningkat sehingga tawaran menjadi sebuah pek sosej yang lengkap atau sehingga pada tarikh romosi tamat. Pada masa tersebut orang ramai akan berkongsikan testimonial mereka bagi mendapatkan pek sosej yang lebih banyak.
Bagi Snoop Dogg, seorang penyanyi rap pula, baru-baru ini telah membuat salah satu promosi untuk albumnya di fan page beliau, dengan lebih banyak 'like' diterima akan lebih rendah harga pembelian album beliau itu.
Berikan Mereka Sesuatu Yang Eksklusif
Melalui pemberian yang unik atau eksklusif sebagai balasan kepada perkongsian boleh membuatkan pelanggan lebih galak untuk berkongsikan produk anda, ini kerana setiap orang mahukan sesuatu yang eksklusif dan terhad.
Sebagai contoh, pada kempen baru-baru ini yang berfokus meningkatkan peminat kepada artis syarikat rakaman Cady Groves, beliau menawarkan hadiah lagu percuma untuk dimuaturun jika mendaftar pada laman web Cady Groves. RCA juga menawarkan insentif kepada fans yang berkongsikan muzik Cady dengan rakan-rakan mereka dengan memberikan pek cenderamata eksklusif untuk fans yang dapat membawa rakan mereka untuk memuaturun lagu tersebut.
Kebanyakan jenama juga menghadiahkan fans dengan memberikan 'early access' kepada kandungan baru mereka. Salah stau trend yang terbaru ialah 'Kongsi Untuk Lihat Kandungan' dimana fans akan mendapat akses kepada kandungan muzik atau pun trek lagu sebagai ganjaran untuk perkongsian mereka.
Gunakan Emosi Pengguna
Kebanyakan orang mempunyai sikap simpati yang tinggi. Jika anda membuatkan mereka mudah untuk membantu anda, mereka pasti akan membantu.
Sebagai contoh, Clarisonic baru-baru ini menjalankan kempen mengumpul dana melalui kempen 'Look Good Feel Better', program yang membantu wanita melawan kanser dengan rawatan yang berkaitan kulit dan keguguran rambut. Kempen ini akan menderma sebanyak USD1 untuk setiap sumbangan untuk setiap like pada Facebook fan page mereka. Kempen ini menjadi sangat menyeronokkan dan mudah dilakukan dengan rakan-rakan. Sebagai keputusannya, Clarisonic menjana sehingga 30,000 likes pada fan page mereka.
Kebanyakan fans akan berkongsi kerana mereka suka dan simpati pada mesek kempen tersebut dan mahu menyebarkannya, pastikan anda sekurang-kurangnya memasukkan elemen sosial kedalam perkongsian mereka itu.
Berikan Hak Untuk Fans Memilih Produk
Memberikan fans itu sendiri keupayaan untuk memilih produk mana yang mereka mahukan atau diskaun atau tawaran istimewa mereka mahukan, akan lebih menggalakkan mereka mengongsikannya. Sebagai contoh, syarikat Harpercollins Bookperk, sentiasa mengemaskini pembaca dan ahli dengan buku baru dan tawaran istimewa. Mereka juga membenarkan ahli memilih buku mana yang mereka mahu dengan harga murah. Sebaik sahaja ahli telah memilih buku, mereka mempunyai pilihan untuk masuk ke Facebook dan berkongsikan seleksi dengan rakan-rakan mereka, dan menyebarkan mesej mengenai diskaun tersebut untuk mendapatkan harga murah.
Kenalpasti dan Beri Ganjaran Kepada Fans
Manusia adalah hidupan yang sosial, dan suka apabila mereka dikenali dengan bakat dan kepakaran mereka. Pengiktirafan boleh menjadi motivasi yang bagus untuk aktiviti sosial.
Sebagai contoh, kempen Cady Grove bukan sahaja berjaya mendapatkan fans yang ramai untuk berkongsikan mesej mereka, tetapi mereka dapat menghasilkan 'die hard fans' yang berkongsikan kandungan mereka secara kerap. 'Die hard fans' ini menghasilkan tweet, mesej dan status mereka sendiri untuk mengongsikan mengenai Cody Groves. Ada juga diantara mereka yang dapat mengajak lebih banyak fans lagi untuk Cady Groves.
Fans yang tegar seperti ini tidak semestinya dimotivasikan insentif, mereka sebenarnya gemar untuk mempromosikan kehidupan selebriti, mendapatkan barangan percuma dan menaikkan reputasi mereka sendiri dikalangan peminat. Pemasar yang bagus akan mengenalpasti dan memberi ganjaran fans tegar ini dan memberikan ganjaran sebagai usaha mereka menyebarkan promosi.
Apabila anda mengenalpasti mereka ini, jadikan mereka sebahagian daripada bahan pemasaran anda. Berikan mereka akses istimewa kepada produk-produk anda dan beri ganjaran mereka dengan pengiktirafan di Facebook page, Twitter atau laman web anda.
Apa sahaja cara anda untuk mempromosikan produk anda, pastikan anda mengintegrasi elemen sosial kedalam setiap aktiviti pemasaran itu untuk memastikan pengguna tahu 'apa sebab atau ganjaran' yang akan mereka terima setelah berkongsi.
1 comments:
Blackjack Tournament Online: Betting on Your Mobile Casino
Blackjack Tournament Online: Betting on Your Mobile Casino Gambling Style; Casino 여수 출장마사지 Games; Casino 군산 출장안마 Games; 영주 출장마사지 Poker Games. Blackjack is fast, easy, and fast. 남원 출장마사지 It 춘천 출장마사지 is
Post a Comment