ad

Wednesday, March 14, 2012


Pinterest: Laman Sosial Kegemaran 'Shopper' Wanita

Adakah peniaga online masih lagi perlukan laman sosial? Jawapannya ya, semakin banyak laman sosial yang wujud, semakin mudahlah produk anda tersebar dan melebarkan usaha pemasaran anda. Terbaru, terdapat satu laman sosial yang datang dengan konsep menarik iaitu laman Pinterest.


Konsep Pinterest ini adalah "Pin dan Kongsi" iaitu umpama sebuah 'board' awam yang besar yang digunakan orang ramai untuk berkongsi produk-produk atau apa sahaja yang mereka minati.


Menurut Mashable (sebuah Blog/Agensi Media Sosial Antarabangsa) 80% daripada pengguna Pinterest adalah wanita yang berusia dari 25-40, dimana kebanyakan mereka gemar berkongsikan mengenai topik fesyen, makanan dan tempat percutian. Walaupun mungkin kebanyakannya dari US dan UK, tidak mustahil pengguna wanita di Malaysia akan tertarik dengan Pinterest ini, kerana ia umpama komuniti yang sedang berkembang.

Sama juga seperti laman sosial lain, pengguna Pinterest boleh mengikuti, komen, like, rakan-rakan atau laman Pin yang mereka minati. Di sini juga, pengguna boleh mengintegrasikan Pin mereka di Twitter dan Facebook mereka yang mana akan meningkatkan lagi 'exposure' produk yang dikongsikan. Jadi, ini merupakan peluang untuk anda menggunakan ia sebagai medium untuk mempertingkatkan usaha pemasaran dan seterusnya menaikkan jualan anda.

Jika anda tidak mempunyai idea mengenai Pinterest dan bagaimana menggunakan ia sebagai medium pemasaran anda, dibawah kami kongsikan beberapa tips, idea dan contoh yang boleh anda aplikasikan untuk perniagaan anda.


1. Meletakkan 'Wish List' Untuk Percutian

Apabila tiba waktu cuti sekolah, pasti ramai yang akan mencari tempat dan pakej percutian yang menarik untuk dilawati. Ini memberi peluang kepada anda untuk mempromosikan kepada mereka melalui Pinterest. Anda boleh wujudkan Pin 'Holiday Wish List' bersama maklumat produk/servis percutian anda. Pin ini akan mudah dilihat oleh orang ramai dan jika berminat mereka akan melakukan tempahan. Apa yang menarik ia tidak nampak seperti promosi, tetapi kelihatan seperti perkongsian orang ramai.

2. Berkongsi Mengenai Sajian Masakan

Ini adalah salah satu kegemaran utama pengguna Pinterest, gemar berkongsikan makanan yang mereka suka baik desert, kek, atau makanan segera yang menyelerakan. Bayangkan anda mempunyai set sajian makanan sendiri yang anda niagakan, anda boleh ciptakan Pin untuk topik ini, contohnya, anda mempunyai set sajian makanan melayu, wujudkan Pin khas dengan maklumat dan gambar set sajian ini. Ini merupakan peluang yang baik untuk peniaga yang mempunyai produk makanan untuk dipromosikan.

3. Menunjukkan Katalog

Ini adalah salah satu cara yang ringkas dan mudah untuk anda. Apabila anda wujudkan satu 'brand page' untuk produk anda, masukkan set produk anda disitu sebagai katalog. Pastikan anda meletakkan gambar-gambar yang menarik, kerana gambar yang menarik mampu menarik pengguna untuk melihatnya dengan lebih dekat. Pastikan juga anda meletakkan harga produk pada bahagian deskripsi gambar.

4. Acara dan Perkahwinan

Bagi peniaga yang mempunyai perniagaan/servis perkahwinan, anda boleh menggunakan Pinterest untuk membantu bakal pengantin atau sesiapa sahaja yang merancang untuk melakukkan majlis atau keraian. Anda hanya perlu, membuat Pin mengenai 'showcase' produk/servis anda bersama dengan portfolio servis anda.

5. Membuat Tawaran Eksklusif

Anda boleh buat tawaran eksklusif yang hanya boleh didapati di Pinterest, ini boleh meningkat awareness pengguna mengenai brand anda.

6. Berkongsi Mengenai Tutorial

Pinterest memberi and pilihan untuk pin video kepada board anda. Ini anda boleh gunakan untuk kongsikan video tutorial tentang cara menggunakan produk anda atau tips yang berkenaan dengan produk anda, dimana video ini mudah ditonton terus dari Pinterest dan mudah dikongsikan oleh penonton.

7. Memaparkan Kupon

Cuba buatkan satu gambar untuk kupon anda dan kemudian pin ia di Pinterest. Ini merupakan pilihan yang baik untuk perniagaan yang mempunyai tawaran istimewa, diskaun atau sebagainya. Pengguna boleh melihat kupon secara live dan kongsikan ia kepada rakan-rakan mereka.

0 comments:

Post a Comment