Tuesday, March 13, 2012
11 Tips Menggunakan Video Demo Bagi Menaikkan Jualan Anda
Membuat video demo sebagai panduan kepada pengguna adalah cara yang terbaik untuk memberi penerangan mengenai produk anda secara lebih ringkas dan padat. Dengan menggunakan bentuk grafik, suara, unsur lawak, informatif dan sebagainya kedalam video demo, ia dapat memberi pemahaman yang baik kepada orang yang melihatnya. Dibawah kami kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menggunakan video demo secara maksimum:
1. Pastikan ia 'Autentik' - Pastikan video demo anda bukan sekadar iklan sahaja, penonton sudah biasa menonton iklan, pastikan demo produk anda itu benar, boleh digunakan dan di demonstrasikan oleh orang yang sebenar.
2. Bermula dari awal - Jika produk anda sudah dikenali, mulakan dengan sesuatu demo yang menarik untuk ditonton. Jika produk anda masih baru, mula dengan penggunaan teks atau headline yang jelas. Ianya penting untuk mendapatkan perhatian orang.
3. Jadikan video simple. Kaitkan demo anda dengan keadaan sekeliling supaya ia mudah difahami oleh orang. Jangan memberi terlalu banyak info kedalam video demo anda tetapi masukkan contoh yang banyak untuk menambah pengetahuan penonton.
4. Tunjukan dengan jelas - Penonton akan memberi maklum balas yang baik jika diberi kebaikkan dan ciri-ciri produk tersebut. Pastikan kandungan suara dan video sejajar dengan info, mudah untuk penonton memahami.
5. Kurangkan penggunaan teks - Penonton tidak suka membaca dengan banyak. Pastikan perkataan yang pendek dan menarik digunakan sahaja kedalam video demo.
6. Masukkan Pengacara - Video yang baik mempunyai pengacara. Ia perlu kerana penonton akan memberi perhatian kepada seseorang itu jika pengacara tersebut pandai bermain dengan minda penonton.
7. Setiap saat adalah penting - 15 saat pertama adalah titik paling penting untuk menarik perhatian orang terhadap video tersebut. Kemudiaan pastikan video anda pendek dan menarik.
8. Pastikan ia lancar - Video demo perlulah menarik dan tidak bosan. Jika ia bosan, penonton tidak akan melihatnya. Video demo perlu ringkas tetapi menarik dan informatif.
9. Profesional - Anda perlu mempertimbangkan mengenai peralatan seperti lampu, kualiti bunyi dan video, 'editing' dapat memberi perubahan yang besar terhadap video anda. Video yang berkualiti tinggi dapat memberi keselesaan kepada penonton.
10. Menpertimbangkan SEO - Masukkan metadata kedalam video anda, dan pautan produk anda kedalam laman sesawang anda, ini dapat menaikkan jualan produk anda.
11. Menjual - Video demo bukan untuk mempromosikan jenama produk anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah menarik minat penonton dengan produk anda melalui persembahan yang menarik dan berpengaruh. Jika penonton berminat dengan sesuatu itu, pasti mereka akan membelinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment