Thursday, March 1, 2012
8 Tips Untuk Memaksimakan Pemasaran Fan Page Facebook Anda Untuk Tahun 2012
Beberapa tahun lalu, mempunyai laman Facebook yang dikhaskan untuk perniagaan anda sudah memadai. Kini, semuanya telah berubah.
Lebih 900 juta akaun - peribadi dan perniagaan, Facebook kini telah berkembang dari semasa ke semasa. Persoalannya, bagaimana untuk anda mendapatkan golongan sasaran tersebut dan bagaimana membuat mereka menyedari apa yang anda akan tawarkan?
Berikut adalah 10 tips yang boleh membantu perniagaan anda mencapai kejayaan di Facebook.
1. Membuat Profail Facebook Yang Bekualiti
Pastikan profail anda diisi dengan lengkap. Jangan biarkan profail anda kelihatan seolah-olah ia hanya separuh siap. Kekalkan tahap profesionalisme anda dan jelaskan pada profail anda itu bahawa anda mengambil berat tentang pelanggan anda dan akan sentiasa ada untuk menjawab apa-apa soalan yang mereka tanyakan. Jika anda tidak mempunyai gambar sendiri untuk diletakkan di profail, logo anda juga boleh digunakan.
2. Libatkan Pengguna dalam Perbincangan
Satu cara terbaik untuk mendapatkan pengunjung untuk "Like" anda di Facebook adalah dengan melibatkan mereka dalam perbualan atau perbincangan. Mulakan perbincangan mengenai produk anda dan bagaimana ia dapat membantu orang ramai. Ini akan membuatkan pengguna datang ke dalam perbincangan untuk menambah input atau memberi pendapat, dan yang lebih penting membaca apa yang orang lain katakan mengenai produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual perkhidmatan dekorasi rumah, cuba memulakan perbualan mengenai landskap, jenis perabot yang sesuai untuk ruang tami, dan bajet dekorasi. Galakkan orang ramai untuk menyertai dalam perbincangan tersebut dengan apa juga cara.
3. Menyesuaikan Halaman Anda
Jadikan page Facebook anda kelihatan hebat berbanding fan page Facebook yang lain di luar sana. Sesuaikan fan page anda supaya ia lebih relevan dengan perniagaan/produk anda dan pelanggan anda. Gunakan imej yang menarik di profail anda supaya jenama anda akan sentiasa diingati oleh pelanggan anda.
4. Mengadakan Acara khas dan Peraduan
Salah satu cara untuk menjadikan fan page Facebook anda terkenal adalah dengan membuat acara khas dan peraduan untuk fans anda. Galakkan peserta peraduan untuk berkongsi mengenai peraduan, supaya ia mudah tersebar dan peserta yang paling banyak berkongsi akan berpeluang memenangi hadiah utama.
5. Promosi dan Tawaran Istimewa
Siapa yang tidak suka promosi atau tawaran istimewa? Dengan menawarkan promosi dan tawaran istimewa kepada pengunjung anda,ia boleh melonjak minat mereka. Dengan menawarkan promosi, anda sebenarnya menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang mereka dengan memberi mereka tawaran istimewa dengan harga yang berpatutan.
6. Menggunakan Multimedia
Cuba integrasikan audio dan kandungan video pada laman Facebook anda. Dengan berbuat demikian, ia boleh menjadi suatu 'tool' yang efektif dalam meraih perhatian pengunjung anda. Kandungan seperti ini lebih mudah dilihat dan dilihat mempunyai value yang tinggi berbanding dari teks yang ada.
7. Adakan Kajian atau Survey di Fan Page Facebook Anda
Dengan meletakkan kajian pada halaman Facebook anda, pelanggan dapat mengetahui info yang sebenarnya dengan lebih jelas. Kaji selidik bukan sahaja dapat menangkap perhatian pengunjung anda, tetapi mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan pelanggan lain untuk melengkapkan kaji selidik ini, dan boleh menambah awarenes kepada produk anda.
8. Sentiasa Mengemaskini Fan Page Anda
Salah satu kesilapan terbesar orang adalah dengan membiarkan laman Facebook mereka kelihatan tanpa sebarang kandungan baru bagi tempoh masa yang lama. Pastikan sentiasa mengemaskini kandungan fan page anda.
Media sosial adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat perhatian pada hari ini, jadi pastikan anda tidak ketinggalan dengan mengemaskini halaman anda secara berkala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment