ad

Monday, March 5, 2012


10 Tips Meningkatkan Jualan e-dagang Melalui Blog

Dapatkan blog dahulu

Jika anda lihat sekarang, kebanyakkan laman web yang berada di kedai edagang tidak mempunyai blog. Ini bermakna tiada kandungan baru yang di masukkan ke dalam laman web dan untuk pencarian di Google adalah terhad. Jika anda mempunyai blog, manakala pesaing anda tidak mempunyai blog, anda sebenarnya telah selangkah lebih maju dari pesaing anda.

Jangan terlalu menjual

Untuk laman blog edagang, tidak perlu selalu menyiarkan produk baru atau keistimewaannya, ianya tidak masuk akal. Penulisan yang baik mampu memberi tarikan kepada pembaca dan akan menaikkan promosi tersebut.

Menjadi seorang pemurah

Tidak apa jika berbincang mengenai sesuatu produk yang tidak mempunyai kaitan dengan produk anda, tetapi anda perlu mengelak daripada membincangkan hal peribadi. Untuk mengelakkan daripada produk anda tidak dibeli, cuba elakkan daripada topik agama, politik, seks dan sebagainya.

Memberi ganjaran kepada pelanggan yang ada

Satu perkara yang perlu anda tahu bahawa pelanggan akan gembira apabila mereka di hargai oleh anda sendiri. Testimoni adalah cara terbaik, tetapi 'web interactive' lebih baik berbanding testimoni. Pertandingan, kuiz, membuat karangan dan cabutan bertuah adalah cara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan anda selain memberi diskaun. Apabila pelanggan anda gembira dengan layanan anda, urus niaga akan menjadi mudah dan akan membawa kepada pelanggan baru.

Tunjukkan kualiti produk anda

E-dagang mungkin merupakan laman web yang bosan tetapi dengan blog ia akan berubah dana akan memberi kelainan yang lain untuk anda.

Mendidik pelanggan.

Pelanggan akan menggunakan pelbagai helah untuk mengetahui mengenai produk anda.Pepatah ada mengata: pelanggan yang sering menanya adalah pelanggan yang terbaik.Lebih banyak yang mereka tahu mengenai produk anda, lebih tinggi peluang untuk menjual produk anda.Jika anda mengelak untuk memberi info, tiada pelanggan yang akan membeli.

Mempunyai jadual yang teratur untuk setiap kategori produk

Sebagai contoh, anda merupakan seorang penjual barangan rumah. Hari rabu adalah untuk menjual barangan dapur dan pada hari sabtu untuk menjual alat taman. Ini akan memberi penjualan produk secara teratur kepada anda.

Mempunyai jualan murah dan cabutan bertuah secara rawak

Kenapa orang menggunakan blog? Ini kerana mereka tidak mahu terlepas setiap pos yang ada. Jika pelanggan tidak mengetahui bila anda akan membuat jualan murah, mereka akan terdorong untuk melanggan. Ini dinamakan sebagai kejutan untuk pelanggan. Dengan membuat kejutan seperti ini ke[ada pelaggan ia akan membawa kepada potensi jualan yang tinggi.


Memberi khimat pelanggan kepada pelanggan anda


Segelintir orang takut untuk mempunyai blog dengan halaman e-dagang, karana takut akan mendapat aduan di ruangan blog mereka. Fikirkan tentang ini: tujuan aduan ini adalah untuk anda sedar tentang kelemahan produk anda dan memperbaiki semula produk anda melalui aduan yang anda terima (ambil ia sebagai satu peluang untuk membaiki kelemahan).

...dan link kan produk anda pada setiap halaman. Link kan ke halaman e-dagang anda dari blog anda adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan carian di google mengenai produk anda.Ianya adalah bagus untuk link kan produk anda di blog dan boleh mengawal setiap teks yang ada pada link itu.

0 comments:

Post a Comment