Terdapat beberapa
masalah utama yang sering menjadi penghalang kepada peniaga untuk membuka kedai
online. Oleh itu, di sini saya nyatakan dengan lebih jelas beberapa masalah
peniaga.
a) Tiada Kepakaran Teknikal Untuk
Membuka Kedai Online
Sebagai contoh,
terdapat salah seorang peserta kursus sewaktu seminar yang diadakan oleh Lot.my
yang juga menghadapi masalah ini. Beliau yang berasal daripada Kedah telah mengemukakan
soalan sewaktu seminar tersebut bahawa beliau tidak memahami langsung apa yang
telah diberitahu sepanjang sesi seminar itu berlangsung. Lalu, tenaga pengajar
menghampiri beliau untuk mengetahui masalah sebenar beliau. Tenaga pengajar meminta beliau membuka laptop
yang kelihatan masih baru dan membuka laman web Lot.my.
Tenaga pengajar
bertanyakan sama ada beliau mempunyai e-mel atau tidak. Beliau menggelengkan
kepala, lalu tenaga pengajar membantu untuk membuat e-mel untuk beliau. Apabila
tenaga pengajar meminta untuk menekan butang ‘ENTER’ pada laptopnya, beliau
seperti teragak-agak untuk menekannya. Beliau tidak mengetahui langsung dimana
letaknya butang ‘ENTER’. Daripada situ, barulah tenaga pengajar dapat
mengetahui masalah peserta tersebut yang tidak mempunyai kepakaran langsung
mengenai komputer.
Tenaga pengajar
meminta beliau mempelajari tentang kedai online melalui laman web Lot.my.
Tenaga pengajar hanya memberikan tunjuk ajar secara asas pada mulanya. Selepas
dua bulan, beliau berjumpa dengan tenaga pengajar dengan mengucapkan terima
kasih kerana memperkenalkan beliau dengan Lot.my. Atas usaha beliau sendiri dan
sistem Lot.my yang mudah dan ringkas, sekarang beliau sudah mempunyai kedai online sendiri.
b) Tidak Tahu Membuat Pemasaran Online
Masalah ini
sering berlaku kepada peniaga online yang tidak tahu untuk mempromosikan kedai
online mereka. Kebanyakan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam menggunakan blog, facebook fanpage, dan mailing
list. Kewujudan medium-medium yang penulis sebutkan tadi sangatlah penting
untuk membantu peniaga meningkatkan pembeli yang menggunakan kedai online
mereka.
Sebagai contoh,
seorang peserta kursus Lot.my telah membuat kedai online beliau sendiri.
Setelah hampir dua bulan, produk beliau masih tidak ditempah oleh sesiapa.
Lalu, beliau datang ke pejabat Lot.my untuk memberitahu masalah beliau. Setelah
dikenalpasti, masalah beliau ialah tidak mempunyai kemahiran untuk membuat
pemasaran online.
Tenaga pengajar
di Lot.my telah memberikan tunjuk ajar dalam membuat blog dan facebook fanpage.
Beliau mula membuat promosi tentang kedai online beliau di blog dan facebook
fanpage. Dalam masa hanya dua ke tiga hari, sudah ada pesanan yang dibuat di
kedai online beliau.
c) Tidak Tahu Apa Yang Hendak Dijual?
Pernah ada
seorang pelanggan Lot.my yang menghadapi masalah ini. Namanya Cik Rohaya yang
berasal dari Kuala Lumpur. Beliau sudah mempunyai kedai online sendiri, namun
masih tidak tahu produk apa yang harus dijual. Beliau datang ke pejabat Lot.my
untuk meminta cadangan tentang produk yang ingin dijual. Tenaga pengajar di
Lot.my telah membuat senarai semak tentang minat Cik Rohaya. Cik Rohaya
memberitahu bahawa beliau sangat berminat dalam bidang fesyen. Tenaga pengajar
Lot.my mencadangkan siapa yang bakal menjadi
sasaran pelanggan dalam perniagaan fesyen.
Setelah membuat
analisis, Cik Rohaya lebih berminat untuk mereka fesyen pakaian untuk wanita.
Justeru, masalah Cik Rohaya dapat diselesaikan dengan menjual produk pakaian
untuk wanita. Jadi, setiap
perniagaan yang ditubuhkan perlu dikenalpasti dahulu apa produk yang hendak
dijual. Produk yang hendak dijual hendaklah menepati minat kita supaya kita
tidak mudah merasa bosan dengan kerja yang kita lakukan.