Sebelum
memulakan sesuatu perniagaan, anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang
perlu diikut untuk memastikan perniagaan anda berjaya. Begitu juga dengan
perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang paling utama perlu anda tahu
untuk memulakan perniagaan.
a) Mentor
Anda
perlu mempunyai mentor atau sifu untuk membimbing anda menguruskan perniagaan
sehingga berjaya. Menurut pandangan jutawan internet yang telah berjaya, mereka
mempunyai mentor atau idola masing-masing yang dijadikan sumber inspirasi dalam
perniagaan internet mereka. Berasaskan kepada kejayaan mentor, anda akan lebih
yakin dan berani untuk menjalankan perniagaan dengan lebih teratur dan bersemangat.
b) Rakan Bisnes
Anda
perlu sentiasa bergaul dengan mereka yang sudah mempunyai pengalaman
bertahun-tahun dalam bisnes. Anda perlu sentiasa mencari rakan-rakan yang
berwawasan tinggi dan mempunyai masa depan yang cerah. Bukanlah maksudnya
penulis hendak memperlekehkan orang tapi sekadar motivasi untuk anda.
c) Persembahan
Anda
memerlukan sekurang-kurangnya satu header untuk laman web anda dan e-cover bagi produk anda untuk kelihatan professional. Laman web yang menarik mampu mengembangkan
perniagaan internet anda dengan cepat hanya dengan meletakkan beberapa grafik
yang berkualiti di laman web anda.
0 comments:
Post a Comment