Ramai
yang tertanya-tanya mengapa perlu memilih kedai online sebagai platform untuk
memulakan perniagaan? Mungkin terdapat kebanyakan bakal peniaga ingin
menubuhkan perniagaan dengan mempunyai sebuah syarikat sekurang-kurangnya.
a) Kos Permulaan Yang Rendah
Kos permulaan yang rendah merupakan alasan
utama kenapa anda perlu memilih kedai online dalam memulakan perniagaan. Risiko
yang dihadapi juga rendah kerana tidak melibatkan kos permulaan yang tinggi.
Jika
dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan
dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Ini kerana setiap
perniagaan konvensional memerlukan pekerja, alatan pejabat, menyediakan stok
barangan dan pelbagai lagi. Ia
memerlukan kos permulaan yang besar berbanding jika anda membuka
perniagaan di internet.
b) Saluran Pendapatan Baru
Dengan memilih kedai online ini, penjual dapat
mencari satu saluran pendapatan yang baru sama ada secara tetap atau sampingan.
Terdapat ramai juga pelanggan Lot.my yang terdiri daripada mereka yang sudah
mempunyai pekerjaan tetap ataupun perniagaan sendiri.
c) Operasi Sepanjang Masa, Tanpa
Sempadan
Perniagaan
online juga adalah tidak terhad. Pembeli mempunyai masa selama 24 jam untuk
membuat tempahan produk atau perkhidmatan. Penjual dapat menjalankan perniagaan
pada bila-bila masa mengikut pilihan sendiri berbanding dengan perniagaan konvensional.
Selain daripada
itu, kedai online ini boleh dilihat oleh serata dunia kerana ia merupakan
perniagaan internet. Produk yang diletakkan di kedai online ini mampu dilihat
dimana-mana negara jika ianya dilakukan secara strategik.
d) Personal Coaching Juga Disediakan
Jika anda tidak mengenali dunia internet dan
menganggap ianya susah untuk dipelajari, kini anda boleh belajar segalanya
dengan mudah. Bagaimana? Disini kami menyediakan sesi pembelajaran untuk anda
memulakan langkah pertama didalam perniagaan internet.
Personal coaching merupakan kelas
pembelajaran secara 1-to-1, dimana anda akan mempunyai kelas khas dengan tenaga
pengajar kami. Di kelas ini, anda akan mempelajari cara membuka kedai online dan cara
pemasaran di internet.
0 comments:
Post a Comment